Permohonan Rayuan BPN Akan Dapat Duit Esok 24 Jun 2020

Bagi anda yang membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tempoh hari dan berjaya LULUS, bayaran akan mula dimasukkan esok.

Tarikh Bayaran BPN Rayuan

Menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz seramai 181 ribu rayuan BPN yang telah diluluskan dengan jumlah RM162 juta akan dibayar bermula esok.

24 Jun 2020

Mengikut data yang diterimanya, sudah 10.19 juta yang dapat BPN telahpun menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan bantuan mencecah RM10.88 bilion.

Selain itu, bagi yang tidak menerima kredit melalui akaun bank juga telah dibayar menerusi no. siri BPN yang diberi awal bulan jun dimana dah ramai yang membuat tuntutan secara tunai di bank.

Boleh Rujuk Semakan No. Siri BPN untuk berita selanjutnya berkaitan no siri bpn ini.

Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional

Untuk anda membuat semakan bantuan Prihatin Nasional BPN ini anda boleh ikuti langkah dibawah ini:

  • Sila ke laman rasmi BPN di – https://bpn.hasil.gov.my/
  • Dah masuk sila masukkan no. ic anda tanpa sengkang dan tekan “cari”
  • Dah selesai masukkan “Captcha” dan terus klik semak
  • Paparan status permohonan anda akan dipaparkan.

Apa Yang Anda Buat Dengan Duit BPN?

Serba sedikit perkongsian netizen berkaitan apa yang mereka beli dan gunakan duit BPN yang kerajaan beri, rata-rata nya memberi respon positif, ada yang guna untuk kelangsungan hidup, ada yang buat modal berniaga dan macam-macam lagi boleh lihat disini “Kenangan Netizen Bersama Duit BPN“.

Itu saja serba sedikit maklumat terkeni berkaitan BPN Rayuan yang anda bakal terima nanti.

Categories Bantuan

Leave a Comment