Bonus Hibah Tabung Haji 2022

Sebagai makluman, Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan pendapatan bonus (hibah) berkadaran peratus kepada pendeposit serta tambahan hibah haji kepada pendeposit yang belum menunaikan haji sekiranya prestasi dan kedudukan kewangan Tabung Haji memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Jumlah kadar pengagihan peratusan pendapatan bonus atau hibah Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 akan diumumkan pada satu tarikh yang dimaklumkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji (TH).

Tarikh Pengumuman Dividen (Hibah) & Bonus Tabung Haji 2022:


Setiap tahun, pengumuman kadar agihan hibah dan bonus (dividen Tabung Haji) biasanya akan diumumkan sekitar bulan Mac. (*Tarikh rasmi belum diumumkan lagi dan akan dikemaskini).

Seperti juga ASB, urusniaga TH akan ditangguhkan sementara bermula bagi melancarkan urusan agihan keuntungan.

Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas tarikh yang diumumkan nanti.

Ia boleh dilakukan menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat serta saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

Cara Semak Dividen TH 2021:


Di sini dikongsikan cara membuat semakan dividen Tabung Haji 2021:

  1. Dapatkan capaian internet dan pergi ke laman web rasmi ThiJARI di  www.thijari.com.my.
  2. Masukkan login ID yang telah didaftarkan.
  3. Kesemua akaun termasuk akaun TH anak bawah jagaan adalah secara automatik akan dipaparkan setelah penjaga berjaya mendaftar dan login ke THiJARI.
  4. Untuk menyemak butiran terperinci berkaitan dividen melalui THiJARI, anda boleh menekan pada menu “Ringkasan Akaun” pada akaun yang diinginkan.

NOTA: Bagi yang belum mendaftar akaun Tabung Haji Online di THiJARI, sila KLIK: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online.

Cara Kira Dividen TH:


Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2020 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2020 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, contohnya 3.10% bagi tahun 2020.

Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian +603 – 6207 1919 atau follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di Facebook Official : Lembaga Tabung Haji.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3