Home » Isu Semasa » Boleh Semak Keputusan GKP 2.0 Mulai 27 November 2020 – Tengku Zafrul

Boleh Semak Keputusan GKP 2.0 Mulai 27 November 2020 – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Penerimaan permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) adalah lebih daripada 512,000 pemohon yang dimohon oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro. Sasaran awal adalah sebanyak 200,000 tetapi permohonan tersebut telah mengatasi sasaran awal seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tarikh permohonan GKP2.0 telah dibuka pada 1-31 Oktober 2020 yang lepas dan permohonan telah diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), menurut beliau.

Kata beliau, bantuan tersebut akan dipastikan hanya untuk PKS mikro yang betul layak sahaja menerima bantuan tersebut untuk perniagaan mereka beroperasi melalui kaedah semakan silang yang teliti atau data agensi ditetapkan kerajaan mengesahkannya, termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Hari ini, pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat beliau berkata semakan kelulusan permohonan GKP2.0 oleh PKS mikro boleh disemak mulai 27 Nov 2020. Untuk tarikh pembayaran pula ia dijangka mulai 30 Nov 2020.

Koo Poy Tiong (PH-Kota Melaka) telah bertanya kepada beliau mengenai jumlah permohonan dan kelulusan GKP 2.0 serta sebab permohonan tidak lulus.

Tengku Zafrul memberi penjelasan dimana antara punca permohonan tidak berjaya adalah disebabkan oleh kerana syarat tidak dipenuhi oleh PKS mikro seperti tidak mempunyai lesen PBT atau tidak membuat pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Disamping itu, bilangan pekerja dibawah PKS mikro mempunyai lebih daripada lima orang.

Oleh kerana itu, beliau menyatakan, kerajaan akan melindungi rakyat, memberi sokongan perniagaan serta memastikan ekonomi negara kukuh melalui pemberian GKP2.0 sebagai komitmen berterusan kerajaan. Kerajaan juga prihatin terhadap cabaran yang ditempuhi oleh PKS termasuk PKS mikro.

Jumlah bantuan GKP 2.0 adalah sebanyak RM3,000 dan ia merupakan bantuan kewangan secara one-off untuk PKS mikro yang tidak pernah mendapat bantuan GKP sebelum ini serta layak menerimanya bagi tujuan membantu mengurangkan beban kewangan yang dilalui mereka disebabkan penularan COVID-19.

Berdasarkan GKP asal sebelum ini, jumlah keseluruhan bantuan itu mencapai RM1.63 bilion yang akan memanfaatkan lebih daripada 545,000 peniaga mikro seluruh negara.

Disclaimers – Bahan artikel admin share dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Boleh Semak Keputusan GKP 2.0 Mulai 27 November 2020 – Tengku Zafrul” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!