Home » Isu Semasa » Boleh Rentas Negeri Tidak Lama Lagi, Kerajaan Pertimbang Kelonggaran – KJ

Boleh Rentas Negeri Tidak Lama Lagi, Kerajaan Pertimbang Kelonggaran – KJ

Boleh Rentas Negeri Tidak Lama Lagi, Kerajaan Pertimbang Kelonggaran

Aktiviti merentas negeri selain beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) lain akan dipertimbangkan dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata perkara itu akan dibawa dalam perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan.

Memetik laporan Utusan Malaysia, beliau meminta rakyat bersabar dan memberi sedikit masa kepada kerajaan untuk membuat keputusan sewajarnya.

“Saya sudah bincang perkara ini dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan kita sedang mengemukakan beberapa cadangan. jadi kita akan bawa ke MKN dalam masa terdekat.

“Ada harapan (rentas negeri), tetapi saya minta sabar sekejap lagi kerana ada beberapa negeri yang mana masih lagi nilai ambang vaksinasi rendah sedikit.

“Jadi akhir September ini kita menjangkakan, semua negeri akan sampai nilai ambang 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi. Bersabarlah, sedikit sahaja masa lagi,” katanya dalam sesi temubual bersama media, hari ini.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Baca Juga: Guru Yang Tolak Divaksin Tidak Akan Dibenarkan Mengajar Pelajar- Radzi Jidin

Disclaimers – Semua yang admin share diatas merupakan panduan dan rujukan artikel related dengan “Boleh Rentas Negeri Tidak Lama Lagi, Kerajaan Pertimbang Kelonggaran – KJ” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!