BMW Perkenalkan ‘The President’


Syarikat BMW Group Malaysia telah memperkenalkan varian M Sport bagi model BMW X7, model mewah yang terkenal ini dengan jolokan sebagai ‘The President’. Model pemasangan tempatan (CKD) itu turut hadir dengan pakej M Aerodynamics sebagai standard, membekalkan kenderaan aktiviti sukan (SAV) mewah ini iras yang lebih lasak dan garang. Rekaan BMW X7 xDrive40i M Sport disempurnakan lagi dengan rangkuman set roda 758 M Alloy bersaiz 22 inci, di samping brek M Sport dan garisan eksterior aluminium ‘Individual’.

Namun, SAV mewah ini telah pun dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris dengan pengecas turbo yang berkembar dan kapasiti 3.0 liter, yang mampu menjana 340 kk serta tork 450 Nm, dan digandingkan dengan Transmisi Automatik Sport 8 Kelajuan. Rangkuman yang menjadi tumpuan dalam BMW X7 juga turut dibawakan oleh varian baharu ini, meliputi fungsi Executive Drive Pro, Integral Active Steering dan sistem pacuan semua roda xDrive. Varian SAV premium terbaharu ini juga mengekalkan konfigurasi tujuh tempat duduk, Bumbung Kaca Panorama, BMW Laserlight, serta BMW Display Key.

Sumber: youtube

Untuk menjengah ke dalam kabin pula, BMW X7 xDrive40i M Sport yang masih membawakan aneka komponen yang diperbuat daripada kaca di konsol sentral, selain sistem bunyi keliling Harman Kardon dan BMW Live Cockpit Professional untuk sentuhan kemewahan, disinambungkan dengan rangkuman stereng berkulit M Sport yang terbaharu. Penumpang dapat terus menikmati upholsteri kulit tulen Vernasca yang serba mewah, disediakan dalam tiga warna istimewa iaitu Vernasca Cognac, Vernasca Coffee dan Vernasca Black.

BMW Perkenalkan 'The President' 2

Sumber: google image

Disamping itu, pemilik juga sebenarnya masih dapat memanfaatkan lagi fungsi Bantuan Memandu dengan Kawalan Luncur Aktif dan fungsi Mula & Henti, di samping Parking Assistant Plus yang telah didatangkan bersama seunit kamera 360 darjah. BMW X7 xDrive40i M Sport ditawarkan dengan warna pilihan merangkumi Black Sapphire, Mineral White dan Manhattan Metallic, manakala warna Arctic Grey Brilliant Effect pula ditawarkan secara eksklusif bagi varian M Sport ini sahaja. Harga jualan bagi BMW X7 xDrive40i M Sport dengan Inklusif Servis dan Pembaikan BMW serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) adalah RM728,800.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3