Home » Bantuan » BMT 2021: Permohonan & Semakan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2021

BMT 2021: Permohonan & Semakan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2021

Permohonan, Semakan & Kemaskini Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA 2021

RISDA sedang mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Pekebun Kecil dan Penoreh Getah bagi tahun 2021.

Sekiranya anda penerima Bantuan Musim Tengkujuh ini, sila kemaskini maklumat secara online di Portal RISDA bermula 15 September 2021.

Bagi pemohon baru pula, sila lihat syarat kelayakan & anda boleh buat permohonan dengan melengkapkan borang.

Baca juga: Semakan Status & Pembayaran BKC Fasa 1 Tunai Di BSN

Portal Malaysia ingin kongsikan lebih lanjut tentang BMT RISDA 2021 ini.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan BMT 2021.

Pekebun Kecil RISDA

  1. Warganegaa Malaysia sahaja.
  2. Pekebun kecil yang telah berdaftar dengan RISDA.
  3. Keluasan kebun 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
  4. Pemilik tanah yang sah.
  5. 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN? Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di https://t.me/bantuankerajaan

Penoreh Bukan Pemilik

  1. Warganegaa Malaysia sahaja.
  2. Pelebun kecil yang telah berdaftar dengan RISDA
  3. Keluasan dari 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
  4. Pengesahan pemilik tanah yang sah.
  5. 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
  6. Mempunyai kad PAT-G yang masih sah.

Rujuk syarat-syarat lanjut melalui infografik di bawah:

Cara Permohonan

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN? Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di https://t.me/bantuankerajaan

Bagi pemohon baru, permohonan boleh dibuat dimana-mana pejabat RISDA.

Sila ke laman http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk mendapatkan maklumat dan membuat temujanji ke Pejabat RISDA terdekat.

Rujuk panduan membuat temujanji Pejabat RISDA melalui infografik di bawah:

Cara Kemaskini BMT 2021

Untuk membuat kemaskini, sila rujuk langkah berikut:

  1. Sila layari laman web risda https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan bermula 15 September 2021.
  2. Boleh login menggunakan ID yang telah didaftarkan.
  3. Sila kemaskini butiran maklumat anda.
  4. Tekan pada butang Simpan (SAVE) setelah semua maklumat dimasukkan.

Baca juga: Portal Vaksin Anakku: Pendaftaran Kanak-kanak Bawah 18 Tahun / PICK Remaja

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi RISDA di talian Hotline BMT 03-4251 0171 atau boleh juga menghubungi mana – mana Pejabat RISDA berhampiran.

Kehadiran ke pejabat pada masa ini adalah melalui temujanji sahaja.

Sekiranya hadir ke pejabat sila pastikan Tuan / Puan memakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hubungi

Ibu Pejabat RISDA, Bangunan RISDA, Km 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur
Telefon : 03-4256 4022 / 03-4256 5599
Emel : [email protected]
Facebook : https://www.facebook.com/risdamalaysia

Penafian – Semua yang kami share dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan artikel related dengan “BMT 2021: Permohonan & Semakan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2021” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!