Home » Bantuan » BMT RISDA: Cara Semak Bantuan Musim Tengkujuh RM600 2021

BMT RISDA: Cara Semak Bantuan Musim Tengkujuh RM600 2021

Berita Baik! Kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2021 telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2021 (BMT RISDA 2021) sebanyak RM600 seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM191 juta kepada para pekebun kecil di seluruh negara.

Penyaluran BMT 2021 ini merupakan salah satu usaha dan keprihatinan kerajaan untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas akibat musim tengkujuh.

Apakah Bantuan Musim Tengkujuh RISDA?

Pihak RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada keciciran berlaku dalam kalangan pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), di mana ia bertujuan meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan bencana di musim tengkujuh.

Jumlah Bantuan BMT RISDA 2021

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Setiap pekebun kecil yang layak akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM600 setiap seorang.

Syarat Kelayakan

  1. SYARAT KELAYAKAN PEKEBUN KECIL RISDA
    • Warganegara Malaysia
    • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
    • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
    • Pemilik tanah yang sah
    • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah
  2. SYARAT KELAYAKAN PENOREH BUKAN PEMILIK
    • Warganegara Malaysia
    • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
    • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
    • Pengesahan pemilik tanah yang sah
    • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Cara Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2021

Untuk permohonan, anda perlu ke Pejabat RISDA negeri atau Pejabat RISDA Daerah yang berdekatan anda.

Semakan online boleh dibuat melalui laman web http://bmt.risda.gov.my

Anda perlu mengisi borang permohonan bersama dokumen berkaitan seperti berikut:

  1. BAGI PEKEBUN KECIL PEMILIK
    • Kad pengenalan pemohon dan salinan
    • Geran asal tanah dan salinan
    • Salinan buku bank atau slip penyata yang tertera nombor akaun bank
  2. BAGI PENOREH BUKAN PEMILIK
    • Salinan kad pengenalan penoreh DAN pemilik
    • Geran asal tanah dan salinan
    • Salinan kad PAT-G
    • Salinan buku bank atau penyata yang tertera nombor akaun bank

Sekiranya Tuan / Puan mempunyai pertanyaan atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2021 di talian 03-4251 0171 atau terus laman web http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk mengetahui informasi syarat kelayakan bantuan.

Kemaskini Maklumat BMT 2021

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang telah berdaftar, sila layari https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan bermula 15 September 2021.

Rujuk langkah di bawah untuk kemaskini:

Semakan Kelulusan BMT RISDA 2021

Anda boleh membuat semakan di pautan berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/ 

Tarikh Bayaran BMT 2021

Bayaran bantuan RM600 akan dibuat dalam 2 fasa:

  • RM300 pada November 2021
  • RM300 lagi pada Disember 2021.

Difahamkan setakat 20 November 2021, sudah ada yang telah menerima jumlah bayaran bantuan ini yang dikreditkan melalui bank masing-masing.

Kaedah Pembayaran

Bantuan akan disalurkan melalui Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima berdasarkan nombor akaun yang telah disahkan di dalam sistem E-BMT.

Maklumat Lanjut

HOTLINE BMT RISDA 03-4256 4022

Atau

PEJABAT RISDA
BANGUNAN RISDA,
KM 7, JALAN AMPANG,
KARUG BERKUNCI 11067
50990 KUALA LUMPUR.

Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “BMT RISDA: Cara Semak Bantuan Musim Tengkujuh RM600 2021” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes