Home » Bantuan » BKSS 8.0 : Senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022

BKSS 8.0 : Senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022

BKSS 8.0 : Senarai Insentif Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022

Kerajaan Sarawak Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meneruskan inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam sebuah sidang media Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022.

Portal Malaysia ingin berkongsi senarai insentif dan bantuan yang diumumkan melalui BKSS 8.0 yang akan disalurkan pada tahun 2022nanti.

Baca juga: Rumah Mampu Milik Sarawak & Bantuan Sewa Dari HDC

Senarai Bantuan & Insentif BKSS 8.0

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

1. Bantuan Kewangan 6 Bulan

Beliau berkata, di bawah BKSS 8.0 kerajaan akan menyediakan peruntukan RM285.47 juta untuk selama enam bulan sepanjang tahun 2022 dan memberi bantuan secara sekali bayar.

2. Diskaun Bil Elektrik & Bil Air

BKSS 8.0 itu merangkumi diskaun bil elektrik dengan peruntukan RM166.8 juta yang memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah.

Bagi diskaun bil air, beliau berkata, sebanyak RM24 juta diperuntukkan untuk memberi manfaat kepada 646,131 isi rumah.

3. Diskaun Penyewa Rumah, Pasar & Gerai

Kerajaan, katanya, akan turut memberi diskaun 50 peratus kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan dengan menyedia peruntukan sebanyak RM2.6 juta.

4. Insentif RM500 Pengusaha Perahu, Teksi, Bas & Van Berlesen

Seramai 1,725 pengusaha perahu tambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, bas sekolah dan operator van akan menerima insentif RM500 sekali bayar dengan jumlah keseluruhan RM0.87 juta, katanya.

5. Geran Peniaga / Penjaja RM1,000

Geran sekali bayar RM1,000 akan diberikan kepada 87,500 penjaja melalui Sarawak Pay dengan peruntukan RM87.5 juta turut disediakan, katanya.

Maklumat lanjut BKSS 7.0: BKSS 7.0: Permohonan & Semakan Bantuan RM10,000 One-off Untuk Peniaga

Bantuan Lain-lain

Selain bantuan di atas, terdapat beberapa lagi bantuan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022 seperti berikut:

  1. Housing Deposit Assistance Scheme. Skim ini ada menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 & M40 , dan ini akan diuruskan oleh MUTIARA. This assistance is applicable to affordable housing projects sanctioned by State Government.
  2. Peruntukkan baru diberikan untuk membantu persatuan persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture.
  3. Bantuan Khas satu 1/2 bulan gaji untuk penjawat awam & RM 500 kepada penjawat awam persekutuan bagi tahun 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak seperti berikut: https://service.sarawak.gov.my/

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan dihalaman ini merupakan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “BKSS 8.0 : Senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2022” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!