Home » Bantuan » BKSS 7.0: Permohonan & Semakan Bantuan RM10,000 One-off Untuk Peniaga

BKSS 7.0: Permohonan & Semakan Bantuan RM10,000 One-off Untuk Peniaga

PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN & TARIKH PEMBAYARAN BKSS 7.0

Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg sebagai ketua menteri menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 dan melancarkan BKSS 7.0 di Dewan Serbaguna, Yayasan Sarawak Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petrajaya.

Menurut beliau, bantuan akan memberi fokus kepada perusahaan & perniagaan yang sihat setelah menghadapi beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) memandangkan pelbagai aktiviti ekonomi tertangguh dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 dan BKSS 1.0 – 6.0 kini melibatkan perbelanjaan RM4.5 billion.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Portal Malaysia akan kongsikan maklumat lanjut tentang BKSS 7.0 untuk makluman bersama.

Apakah BKSS 7.0 ?

BKSS 7.0 menyediakan bantuan kewangan RM10 ribu ringgit (‘one-off’) untuk perniagaan aktif yang berdaftar di Sarawak dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 31 Disember 2021 kepada lebih kurang 40 ribu perniagaan melibatkan kos RM400 juta bagi membantu kelangsungan perniagaan seperti perbelanjaan operasi, sewa dan upah pekerja terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Ini?

Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang aktif dan telah berdaftar dengan PERKESO sebelum atau pada 31 Disember 2020 layak mendapat bantuan khas kewangan one-off sebanyak RM10,000.

Ini adalah tidak termasuk entiti awam yang berada di papan utama dan subsidiari seperti yang berikut:

  • Syarikat tersenarai awam yang berada di papan utama;
  • Syarikat multinasional (MNCs);
  • Syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs),
  • Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs); dan
  • Perusahaan milik Kerajaan Negeri.

Tarikh Bayaran BKSS 7.0

Bayaran bantuan sebanyak RM5000 pada awalnya dijadualkan akan diagihkan pada bulan Oktober & baki RM5000 pada Disember 2021.

Baca juga: Bantuan BKSS 6.0: Bantuan B40 Sarawak Isi Rumah dan Bujang RM250 – RM500

Cara Permohonan

  • Tiada sebarang permohonan untuk bantuan ini.
  • Kelayakan akan diberi kepada syarikat-syarikat di bawah Perusahaan Kecil & Sederhana yang aktif menjalankan aktiviti perusahaan dan perniagaan serta berdaftar dengan PERKESO sebelum atau pada 31 Disember 2020.
  • Untuk mendaftar, PKS perlu melayari laman web rasmi Kerajaan Sarawak di https://sarawak.gov.my/ bermula dari tarikh 7 Oktober 2021.
  • Anda boleh muatnaik borang dan dokumen yang diperlukan seperti dalam surat yang diterima.
  • Penting: Pemohon perlu mendapatkan Sarawak ID bagi melengkapkan permohonan.
  • Tarikh pendaftaran akan dibuka pada 7 Oktober 2021, menurut laporan oleh DayakDaily.

Rujuk surat di bawah:

 

Cara Bayaran BKSS 7.0

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank rasmi PKS seperti yang dimaklumkan pihak Kerajaan Sarawak iaitu dalam 2 peringkat, RM5,000 pada Oktober 2021 & RM5,000 pada Disember 2021.

Baca juga: BKC Fasa 2: Semakan Status & Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak berikut : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/278/333/ 

ATAU

Anda Boleh Rujuk FAQ BKSS 7.0 melalui pautan ini : https://srms.sarawak.gov.my/srms/srms/sla/att_download/dFVMY2ZOaVVRK0grZlIrbVhQVjlua3ptLzl1Mys2aVNWUHRiL01HMXFyZz0=/ 

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia kongsikan diatas merupakan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “BKSS 7.0: Permohonan & Semakan Bantuan RM10,000 One-off Untuk Peniaga” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!