BKM Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui


BKM Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui

Untuk mengingatkan kembali kepada anda, skim Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah satu bentuk bantuan kewangan daripada kerajaan yang telah diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 seperti mana diumumkan di Dewan Rakyat yang lalu.

Mengikkut statistik, bantuan ini dijangka sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung rakyat. Sebelum ini, pembayaran BKM Fasa 1 dan 2 telahpun berlangsung pada bulan Mac dan Jun lalu. Kali ini, rakyat sedang menantikan BKM fasa 3 pula.


Kategori Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3


1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah.


Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:

  • Jumlah anak 0: RM200
  • Jumlah anak 1-2: RM300
  • Jumlah anak lebih 3: RM400

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:

  • Jumlah anak 0: RM100
  • Jumlah anak 1-2: RM100
  • Jumlah anak lebih 3: RM100

2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas.


Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:

  • Jumlah anak 0: RM500
  • Jumlah anak 1-2: RM600
  • Jumlah anak lebih 3: RM700

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:

  • Jumlah anak 0: RM400
  • Jumlah anak 1-2: RM400
  • Jumlah anak lebih 3: RM400

3) Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon.


Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:

  • Jumlah anak 1-2: RM800
  • Jumlah anak lebih 3: RM900

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:

  • Jumlah anak 1-2: RM600
  • Jumlah anak lebih 3: RM600

4) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawa


  • Bayaran BKM Fasa 3: RM150

5) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas


  • Bayaran BKM Fasa 3: RM150

Cara Permohonan


Untuk permohonan dan semakan, sila layari pautan berikut :

BKM Fasa 3

Tarikh Pembayaran BKM Fasa 3


Dalam BKM Fasa 3, pembayarannya akan dibuat pada bulan September 2022. Namun, tarikh rasmi secara tepat belum dimaklumankan oleh pihak kerajaan.

Pembayarannya sama seperti sebelumnya iaitu secara kredit terus ke akaun bank yang didaftarkan atau secara tunai melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).


Maklumat Lanjut


Sila layari laman sesawang BKM atau hubungi di talian berikut:

  • Hotline BKM MOF : 03-8882 4565 / 4566.
  • Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747.



Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3