BKM Fasa 4 : Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai Kerajaan yang lebih disasarkan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan bebanan rakyat berpendapatan rendah.

Tempoh permohonan Kemaskini Maklumat Asas bagi penerima BKM 2022 yang tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM adalah seperti berikut:

– Mulai 12 September 2022 sehingga 29 September 2022
– Mulai 10 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Mohon Juga : Bantuan I-Belia: Permohonan Bantuan Belia Dibuka Buat Belia Bujang & Mahasiswa

Tindakan kemas kini maklumat yang dibenarkan adalah seperti berikut :

– Nombor Telefon Rumah.
– Nombor Telefon Bimbit.
– Alamat e-Mel.
– Maklumat Wakil.

Penerima BKM 2022 yang telah mengemukakan Permohonan Rayuan BKM boleh mengemaskini maklumat asas permohonan BKM 2022 mulai 10 Oktober 2022 (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 4 iaitu pembayaran fasa terakhir Bantuan Keluarga Malaysia yang akan diterima oleh setiap kategori termasuk rayuan.

Jumlah Bayaran BKM Fasa 4


Berapakah bayaran BKM Fasa 4 akan diterima bagi setiap kategori?

Jumlah bayaran BKM Fasa 4 adalah seperti jadual berikut :

i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300

ii) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
0 anak : RM 300
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
0 anak : RM100
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300

iii) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal Mempunyai Anak) – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak RM500)

A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
1-2 anak : RM600
3 anak dan ke atas: RM900

B. Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000
1-2 anak : RM200
3 anak dan ke atas: RM300

iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 Tahun dan ke bawah

Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah: Tiada

v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas : RM150

Seperti sebelum ini, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang layak.

Jumlah BKM Fasa 4 Bagi Penerima Rayuan

Berikut adalah jumlah bayaran untuk Fasa 4 (Disember) yang akan diterima oleh penerima rayuan yang telah lulus rayuan pada Fasa 3 hari tersebut.

Cashout di Kaunter BSN


Penerima tunai adalah individu yang:

– Tiada akaun bank.
– Gagal kredit.

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan semasa menghadiri Cawangan BSN.

Hanya wakil berdaftar sahaja dibenarkan mewakili penerima untuk tunai BKM.

Pastikan anda telah menyemak status kelulusan sebelum datang ke kaunter untuk menerima bayaran tunai BKM.

Rujuk kaedah semakan status melalui langkah di bawah.

Semakan Status


Bagi pemohon yang lulus dan yang telah membuat permohonan rayuan atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.

1) Sila rujuk langkah di bawah:

Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.

2) Klik [LOG MASUK BKM].

3) Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR.

4) Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.

5) Klik Menu [Semakan Status].

6) Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.

7) Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.

8) Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.

9) Selesai.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 4


Tarikh semakan status dan pengkreditan amaun akhir Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 4) adalah pada Disember 2022.

Tarikh rasmi akan diumumkan oleh Perdana Menteri / Menteri Kewangan dalam masa terdekat kelak.

Maklumat Lanjut Bantuan Keluarga Malaysia

Info lanjut & jumlah bayaran bagi setiap kategori penerima :

– Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
– Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
– Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
– e-Mel : [email protected]
– Laman web BKM: https://bkm.hasil.gov.my/
– Laman web Kementerian Kewangan Malaysia (MOF): https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3