Semakan STR Fasa 2 2024

Semakan STR Fasa 2 2024

STR

Sumbangan Tunai Rahmah atau pun STR merupakan bantuan yang disambung daripada Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang di perkenalkan oleh Kerajaan Madani Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan pembayaran STR fasa 2 bagi tahun 2024 diberikan kepada penerima menjelang April 2024.

Setakat ini, 8.2 juta orang yang layak telah mendaftar untuk STR 2024.

STR FASA 2 2024

Bagaimanapun, angka ini dijangka meningkat kepada hampir 9 juta untuk tahun ini, memandangkan proses permohonan baharu dan penambahbaikan yang dikeluarkan setiap tahun, jumlah ini akan lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Berikut adalah lebih maklumat terperinci tentang proses pembayaran STR fasa 2 untuk makluman semua.

STR 2024

STR Fasa 2 2024

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini telah memulakan skim bantuan yang dipanggil BSH, BKM, BPN, dan BPR.

Bagaimanapun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan bantuan ini akan dijenamakan semula sebagai SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR).

Kerajaan menghulurkan sumbangan wang tunai kepada golongan B40 melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang terhad kepada RM3,100 per keluarga.

STR fasa 2 ini akan memudahkan kehidupan rakyat dengan 8.7 juta penerima dengan dana berjumlah hampir RM8 bilion.

Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Tarikh pembayaran untuk STR Fasa 2 ialah April 2024 (Ini akan disemak selepas tarikh sebenar diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia).

tarikh bayaran str fasa 2

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan pembayaran sumbangan Tunai fasa 2 diagihkan kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini, yang dijadualkan bermula April, dua minggu sebelum bermulanya Hari Raya Aidilfitri.

Semakan STR

Semakan status boleh dilakukan melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila lihat infografik di bawah untuk maklumat lanjut.

  1. Log masuk ke MySTR.
  2. Masukkan Mykad pemohon.
  3. Mengesahkan kata laluan keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan:
  5. Nama pemohon
  6. Bilangan pemohon Mykad.
  7. Status permohonan
  8. Maklumat pembayaran fasa pertama (jika berkaitan)
  9. Pilih menu kaedah pembayaran fasa 1.
  10. Lulus kata laluan

Di bawah adalah contoh gambaran yang akan dapat diperhatikan di laman web semakan.

status str

STR Lupa Kata Laluan

Log Masuk MySTR memerlukan Nombor Mykad berdaftar dan kata laluan.

Berikut ialah perkara yang perlu anda lakukan jika anda menghadapi masalah lupa kata laluan STR anda sebelum ini.

  1. Lawati laman web STR di alamat https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik pautan kata laluan yang terlupa
  3. Masukkan kod MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan alamat e-mel yang didaftarkan dan klik “Seterusnya”.
  5. Pastikan kata laluan keselamatan adalah sah, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan baharu dan sahkannya semula. Selepas itu, klik pautan “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima pemberitahuan bahawa ID pemohon telah berjaya diubah.

Jika anda terlupa kata laluan anda dan gagal menjawab soalan keselamatan (3 percubaan dibuat), ID MySTR anda akan dilumpuhkan dan anda akan dibenarkan mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan tambahan, anda boleh menghubungi LHDNM terdekat atau Talian BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Orang ramai digesa supaya sentiasa berhati-hati dengan pautan yang tidak sahih berikutan perlakuan tidak bertanggungjawab pihak yang mahu menipu dan scam.

Maklumat Lanjut STR Fasa 2 2024

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:

Laman web STR: https://bantuantunnai.hasil.gov.my/
Talian Bantuan LHDNM di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/TALIAN_BANTUAN_KHAS_KERAJAAN_CAWANGAN_LHDNM.pdf
MOF: https://www.mof.gov.my/

Zulaikha Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *