BKK 2023 : Bantuan Kanak-Kanak Di Malaysia Akan Terima Bayaran RM200 Sehingga RM1000 ~ Mohon Sini Sekarang!!

Khas untuk kanak-kanak yang berkelayakan di Malaysia. Ibu bapa yang kini mempunyai anak di bawah jagaan mereka, anda dialu-alukan untuk memohon bantuan kewangan khas untuk anak-anak di Malaysia.

Untuk makluman, sekiranya anak-anak tersebut layak, mereka akan menerima bantuan kewangan minimum RM200 sehingga RM1000 setiap keluarga.

Semak juga : Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji Atau Minima RM1,000 Untuk Penjawat Awam Negeri Akan Dibayar Pada Tahun 2023!

Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

TUJUAN UTAMA BKK

Tujuan utama Bantuan Kanak-Kanak ini adalah untuk :

  1. Membantu keluarga/penjaga anak/anak atau membantu anak/anak yang tiada/ kehilangan penjaga agar dapat terus hidup bersama keluarga dan terus bertahan tanpa menjejaskan tumbesaran dan perkembangan anak-anak peringkat mereka.
  2. Membantu memelihara dan mengukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam menyediakan penjagaan yang sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

JUMLAH BAYARAN BKK 2023

Berikut adalah jumlah bayaran Bantuan Kanak-Kanak yang akan diberikan :

  • Minimum RM150 sebulan setiap orang sehingga maksimum RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut:
  • RM200 seorang kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah
  • RM150 seorang untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun
  • Kadar bantuan maksimum ialah RM1000 / keluarga sebulan

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk permohonan bantuan ini

BKK 2023 : Bantuan Kanak-Kanak Di Malaysia Akan Terima Bayaran RM200 Sehingga RM1000 ~ Mohon Sini Sekarang!! 1

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga / penjaga yang menyediakan penjagaan anak dan pendapatan isi rumah mereka tidak
  • melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Semasa Isi Rumah Miskin atau Purata Semasa Per Kapita Miskin PGK
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
  • Kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke atas, permohonan mereka boleh dipertimbangkan sekiranya mereka bersekolah sehingga tamat sekolah menengah
  • Mana-mana kes yang perlu, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM)

Nota: Setiap permohonan akan disemak mengikut kelayakan pemohon, dengan tujuan bantuan ini disalurkan kepada pemohon yang benar-benar memerlukannya.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Terdapat dua langkah untuk membuat permohonan bagi Bantuan Kanak-Kanak ini iaitu :

  • Secara Atas Talian
  • Secara Manual

Langkah 1 (Atas Talian)

  • Sila ke portal rami JKM iaitu :
    http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang “Datar Permohonan Atas Talian”
  • Sila fahami butiran dan isi dengan lengkap
  • Pemohon perlu isi dua bahagian ( A dan B)
  • Anda di nasihati agar memeriksa kembali segala butiran yang anda telah isi bagi memastikan tiada
  • kesilapan. Sekiranya telah lengkap dan sahih, sila klik butang “keputusan”

Langkah 2 (Manual – Pejabat JKM)

  • Anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online sebelum ini
  • Dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online di lakukan, sila hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang anda telah pohon.
  • Anda juga perlu hadir besama borang permohonan. Untuk muat turun borang, boleh klik pautan di bawah :
  • BORANG PERMOHONAN BANTUAN JKM
  • BORANG KEMASKINI MAKLUMAT

Senarai Pejabat JKM Negeri dan Cawangannya, sila rujuk di sini :

DOKUMEN PENTING YANG PERLU DI SEDIAKAN

Sekiranya anda ingin datang ke Pejabat JKM, anda perlulah hadir bersama beberapa dokumen yang perlu anda sediakan :

  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad atau MyKid anak jagaan
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Bil utiliti semasa seperti ( AIr / Elektrik / Telefon / Astro)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda bolehlah terus berhubung dengan Pejabat JKM Negeri atau Ibu Pejabat atau boleh ke laman rasmi https://www.jkm.gov.my/ 

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3