Home » Portal Rasmi » BKC Fasa 2 : Semakan Permohonan & Tarikh Rasmi Bayaran

BKC Fasa 2 : Semakan Permohonan & Tarikh Rasmi Bayaran

BKC Fasa 2 tahun 2021. Bantuan Khas Covid19 atau BKC Fasa ke 2 ialah bantuan tunai daripada kerajaan khas untuk Miskin Tegar, B40 & M40 bagi kategori isi rumah & bujang.

Semakan status kelulusan permohonan online & login kini boleh dibuat.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Semakan BKC 2021

Untuk Fasa 2 BKC, pembayaran akan dibuat pada bulan November 2021. Kebiasaanya akan diagihkan kepada yang layak pada akhir bulan tersebut.

Buat pengetahuan anda, bagi pembayaran Fasa 1 telahpun dilaksanakan pada 6 September hingga 9 September 2021 yang lalu.

Jadual & Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran Fasa 2 adalah pada bulan November 2021, manakala BKC Fasa 3 adalah pada bulan Disember 2021.

Jumlah pembayaran sila rujuk di bawah :

jumlah pembayaran bantuan khas covid

Cara Semak Permohonan Online

Semakan status BKC ini boleh dibuat secara dalam talian/online di Portal Rasmi BKC di

bkc.hasil.gov.my

Mudah sahaja, hanya masukkan No. MyKad anda, serta KAPTCHA yang betul dan paparan semakan kelulusan anda akan dipaparkan.

Baca Juga : BKM (Bantuan Khas Sehingga RM2,000)

Syarat Kelayakan Bantuan Khas Covid

Siapa yang sebenarnya layak menerima BKC ini? Kelayakan adalah berdasarkan kelayakan BPR 2021 & juga pembayaran cukai LHDN dengan kategori-kategori yang telah ditetapkan.

Untuk kriteria semakan kelayakan BKC anda boleh lihat rujukan gambarajah di bawah :

kriteria semakan kelayakan fasa 2 bkc

BKC Bujang

Tarih pembayaran fasa 2 untuk golongan bujang akan dibuat pada bulan November nanti.

Tetapi hanya untuk kategori bujang yang Miskin Tegar di mana jumlah pembayaran adalah sebanyak RM300.

FAQ Soalan Lazim

Cara pembayaran BKC Fasa 2?

Kaedah pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima yang telah didaftarkan ketika permohonan BPR 2021 atau yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian.

Saya tak mohon BPR 2021, adalah saya boleh dapat BKC ini?

Kalau anda tergolong dalam kategori data BPR & menepati syarat kelayakan, anda layak untuk dapat BKC.

Apakah alasan untuk saya tak dapat BKC?

Antara alasannya adalah tiada maklumat anda dalam permohonan BPR 2021, anda merupakan penerima GKP, anda tidak menghantar borang Cukai Pendapatan.

Penafian – Semua yang admin kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “BKC Fasa 2 : Semakan Permohonan & Tarikh Rasmi Bayaran” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes