Lagu Sayunk I Love You kini cukup popular dan mendominasi carta Youtube serta jadi pilihan ramai untuk digunakan sebagai latar muzik di TikTok. Siapa sangka pemilik suara yang menyanyikan lagu ini dikenali dengan nama Chombi sebenarnya adalah anak kepada komposer dan penyanyi, Apak Harry Khalifah.
Baca juga : Senarai Pengeluaran KWSP Sebelum 55 Tahun Yang Boleh Dibuat Secara Online Sahaja
Semak juga : Pengeluaran KWSP Untuk Pembelian Rumah 2023 (Cara Mohon & Dokumen )
Pemilik suara lagu ini memiliki penampilan yang cukup menarik dan disenangi penonton. Tapi siapakah sebenarnya Chombi dan dari manakah datangnya gadis tersebut? Jom kenalinya menerusi biodata Chombi yang disediakan ini.
Biodata Chombi
NAMA PENUH: Siti Maryam Ahmad Sairi
NAMA POPULAR: Chombi
UMUR: 15 tahun
TARIKH LAHIR: 21 Januari 2007
INSTAGRAM: sitimaryam_chombi
Kerjaya
Bakat dan minat nyanyiannya mula dikesan seawal usia 7 tahun oleh bapanya sendiri, Apak Harry Khalifah. Bagaimanapun, dia mula terjun ke dunia hiburan tanah air sejak berusia 13 tahun iaitu dua tahun lalu.
Sebelum ini, Chombi pernah terkenal menerusi lagu pertama berjudul Rindu Rindu sekitar dua tahun lalu. Kini lagu Sayunk I Love You menjadi taruhan dan berjaya menawan hati ramai.
Video muzik rasmi lagu Sayunk I Love You baru sahaja dimuat naik tiga minggu lalu tetapi sudah mencecah 4.4 juta tontonan di YouTube. Majoriti peminat gadis ini menggemari suaranya yang dikatakan lembut dan merdu.