Bintang Muda Jerman Diburu?


Menjelang tarikh perpindahan pemain akan datang, beberapa pasukan kini sibuk mempersiapkan barisan pemain baharu mereka untuk ditandatangani bagi memperbaiki segala kelemahan sebelum itu.

Ketika ini, pemain muda Jerman yang beraksi bersama Borussia Dortmund dikhabarkan menjadi sasaran beberapa kelab untuk mendapatkan khidmat beliau bagi mengukuhkan jentera serangan.

Bintang Muda Jerman Diburu? 1

Pemain dikatakan itu ialah Youssoufa Moukoko yang sebelum ini pernah dianggap sebagai seseorang yang ideal untuk menggantikan posisi Lionel Messi di Barcelona.

Sila Baca Disini : Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Harimau Malaya Raih 3 Mata!

Bintang Muda Jerman Diburu?


Kenyataan itu dinyatakan sendiri menerusi bekas pemain legenda Barcelona iaitu Samuel Eto’o yang menganggap pemain muda itu mempunyai potensi terbaik untuk menggantikan khidmat Messi pada masa akan datang.

Sehingga kini, Moukoko dilihat sedang menikmati musim terbaik beliau bersama Dortmund selepas menjaringkan beberapa gol serta diberi peranan lebih penting dalam kelab.

Tonggak berusia 18 tahun itu juga menjadi sebahagian daripada skuad Piala Dunia bersama Jerman di Qatar dan kontraknya bersama Dortmund bakal tamat pada penghujung musim.

Moukoko boleh mengadakan rundingan mengenai kontrak beliau bersama mana-mana kelab baharu bermula pada bulan hadapan dan sudah dikaitkan bersama beberapa kelab daripada saingan English Premier League (EPL).

Bintang Muda Jerman Diburu? 2

Menurut laporan semasa dikeluarkan oleh Sport Bible, Chelsea menjadi kelab baharu yang menyertai Manchester United dan Liverpool dalam usaha untuk mendapatkan khidmat Moukoko.

United pastinya antara yang serius mahu mendapatkan Moukoko selepas mereka kehilangan pemain serangan sebelum itu, Cristiano Ronaldo.

Manakala Chelsea yang mengesahkan penyerang mereka iaitu Armando Broja mengalami kecederaan serius sehingga memerlukan rehat panjang sudah tentu serius mahu mendapatkan pengganti dengan kadar segera.

Untuk Liverpool pula, sengat serangan mereka jelas mahu diperbaharui selain memberi lebih banyak pilihan buat Jurgen Klopp untuk merencana taktikal di posisi tersebut.

Bersama Dortmund pada musim ini, Moukoko telah pun meledak enam gol secara keseluruhan daripada 22 penampilan serta mempamerkan aksi cukup mengujakan peminat.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3