- 3.6Kshares
- Telegram
- Facebook Messenger
BINGKAS merupakan bantuan Kerajaan Negeri Selangor dalam pembentangan belanjawan negeri pada 26 November 2021 bagi menggantikan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
Baca Juga: Bantuan Baiki Rumah Mengikut Negeri Di Malaysia 2022
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang akan diterima penerima yang layak adalah RM300 setiap bulan.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
Pemegang Kad KISS
Bagi pemegang atau penerima kad KISS yang masih aktif, nama mereka akan dimasukkan secara automatik ke Program BINGKAS ini bermula 1 Julai 2022.
Mereka hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di Wavpay E-Wallet melalui aplikasi Selangkah sahaja.
Selepas akaun BINGKAS mereka diaktifkan, mereka diberi masa selama 2 bulan (sebelum 31 Ogos 2022) untuk mengemaskini butiran peribadi anda di laman sesawang https://www.bingkasselangor.com bagi membolehkan mereka mendapat terus menerima manfaat ini.
Permohonan
Untuk memohon BINGKAS, anda WAJIB muat turun aplikasi SELANGKAH & aplikasi WavPay
Wavpay boleh digunakan apabila permohonan BINGKAS anda lulus.
Baca Juga: Senarai Bantuan Khas Untuk Ibu Tunggal & Surirumah
Dokumen Pendaftaran
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan kad pengenalan pasangan & tanggungan
- Dokumen Pengesahan Pendapatan (Slip gaji/ Surat pengesahan Pendapatan jika tidak bekerja atau bekerja sendiri)
- Salinan semakan SPR
- Salinan Kad OKU (jika berkaitan)
- Salinan Sijil Kematian/ Sijil Cerai (jika berkaitan)
Setiap permohonan akan ditapis bagi memastikan hanya yang berkelayakan dan memerlukan yang akan diluluskan.
Maklumat Lanjut
Info lanjut mengenai BINGKAS, sila layari laman web https://www.bingkasselangor.com.