Home » Bantuan » BINGKAS : Bantuan RM300 Sebulan Tahun 2022

BINGKAS : Bantuan RM300 Sebulan Tahun 2022

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan negeri Selangor untuk membantu meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas dalam menghadapi cabaran pancapandemik.

Pada bulan November yang lalu, telah berlangsung sesi pembahasan Belanjawan 2022 bagi negeri Selangor yang menyaksikan Kerajaan Selangor di bawah kendalian Menteri Besarnya Amiruddin Shaari membentangkan pelbagai inisiatif untuk pembangunan rakyat dan Selangor amnya.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Pelbagai inisiatif yang akan diberikan kepada rakyat Selangor khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Peruntukan sebanyak RM108 juta telah disediakan bagi memanfaatkan lebih kurang 30,000 keluarga termasuk ibu tunggal yang terjejas dalam menghadapi krisis pandemik Covid-19.

Melalui pembentangan belanjawan tersebut, ibu tunggal di negeri tersebut tidak terkecuali bagi mendapatkan manfaat pada tahun hadapan di mana, mereka yang berkelayakan akan menerima instentif bulanan sebanyak RM300.

Kadar Bayaran:

Melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini, setiap keluarga yang berkelayakan akan menerima insentif bulanan sebanyak :

  • RM300 / sebulan (termasuk ibu tunggal)

Ini bermakna, setiap keluarga/ibu tunggal bakal menerima jumlah keseluruhan berjumlah RM3,600 setahun.

Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat kelayakan bagi menerima bantuan BINGKAS ini :

  1. Berdaftar sebagai penerima BSH/BPR dibawah kategori berpendapatan RM2,000 kebawah atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar melalui pangkalan data e-kasih.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Lahir di Selangor atau menetap lebih 10 tahun.
  4. Pemilih berdaftar di negeri Selangor.
  5. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
  6. Pendapatan isi rumah dibawah RM2,000.

Cara Permohonan:

Buat ketika ini, makluman mengenai PERMOHONAN BINGKAS ini belum lagi dimaklumkan secara rasmi. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada info mengenainya.

Bantuan-bantuan Lain:

Ketika pembentangan belanjawan Negeri Selangor 2022, ketua Menteri Besar iaitu Datuk Seri Amirudin Shari, jumlah keseluruhan belanjawan 2022 bagi negeri itu adalah sebanyak RM2.34 bilion.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.2 bilion atau 52% diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus, manakala RM1.1 bilion atau 48% bagi Perbelanjaan Pembangunan.

Daripada peruntukan tersebut, beberapa inisiatif / bantuan yang akan diberikan kepada rakyat Selangor pada tahun hadapan antaranya adalah :

  1. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
    • RM300 sebulan / RM3,600 setahun
  2. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
    • RM100 baucar beli-belah pada bulan kelahiran
    • RM500 khairat kematian
  3. Iltizam Anak Selangor
    • RM100 setahun pembukaan sijil SSPN PRIME bagi anak yang baru lahir di negeri Selangor
  4. Bantuan Anak Yatim COVID-19
    • RM500 setiap anak
  5. Inisiatif Wanita Berdaya Selangor
    • Biasiswa RM200,000 setahun melibatkan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia, khusus untuk mereka di pelbagai peringkat kepimpinan dan lapangan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan akan dikongsikan di artikel selanjutnya.

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia kongsikan diatas merupakan panduan dan ringkasan artikel related dengan “BINGKAS : Bantuan RM300 Sebulan Tahun 2022” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!