Home » Permohonan » Anda Nak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri? Bantuan Ini Boleh Membantu Anda

Anda Nak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri? Bantuan Ini Boleh Membantu Anda

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Skim Pinjaman Perumahan

Bagi anda yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri, kerajaan ada menyediakan Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan yang berpendapatan rendah yang bertujuan membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama mereka.

SYARAT KELAYAKAN

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan:

  1. Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 sehingga 71 tahun
  3. Bekerja dan mempunyai pendapatan
  4. Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan
  5. Belum mempunyai rumah
  6. Jumlah pendapatan kasar isi rumah antara RM1,000 ke RM3,000 sebulan
  7. Memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga

Baca juga: i-Saraan KWSP: Cara Daftar & Terima RM250 Caruman Tambahan

SYARAT PINJAMAN

Berikut dinyatakan syarat untuk membuat pinjaman:

  1. Had pinjaman maksimum sebanyak RM60,000 dan tidak termasuk perlindungan insurans
  2. Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun
  3. Caj perkhidmatan 2% akan dikenakan ke atas peminjam
  4. Perlu mengambil insuran yang disediakan oleh panel insuran

SYARAT PEMBINAAN RUMAH

Antara syarat untuk pembinaan rumah adalah seperti berikut:

  1. Rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700 hingga 1000 kaki persegi dengan 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur
  2. Menggunakan pelan yang telah disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara dan tidak boleh menggunakan pelan rumah sendiri
  3. Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
    Menggunakan kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN
  4. Mempunyai pendaftaran Syarikat atau Perakuan CIDB yang masih sah
  5. Memilki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
    Kontraktor memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan dengan menghantar borang permohonan ke alamat yang tertera di muka depan borang yang boleh di klik dibawah.

Borang Permohonan – KLIK DISINI

Baca juga: SPNB – Cara Permohonan Rumah Mampu Milik 2021

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan berkaitan bantuan ini, anda boleh menghubungi:

Bahagian Pengurusan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No 51 Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya

No Tel: 03-8000 8000
Faks: 03-8891 4269
Emel: [email protected]

Penafian – Bahan artikel kami share diatas sekadar panduan dan rujukan artikel berkaitan dengan “Anda Nak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri? Bantuan Ini Boleh Membantu Anda” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes