Baru – baru ini satu perkongsian di laman sosial milik pasangan pelakon Datuk Fizz Fairuz menjadi perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video tentang isterinya, Datin Almy Nadia dimasukkan ke hospital.
Fizz juga memaklumkan bahawa isterinya itu terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan hamil luar rahim.
Almy yang dimasukkan ke dalam hospital bagi menjalani pemeriksaan pada hari tersebut disahkan mempunyai ketumbuhan dan cyst tersebut perlu dibuang dengan segera menerusi pembedahan kerana bimbang ianya akan pecah.
“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang tadi (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan dengan rahim dia,” katanya.
Pembedahan Segera
Lalu mereka mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan kerana bimbang memberi kesan kepada kesihatan dan kandungan Almy.
“Sekarang ini, dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tapi di luar rahim.”
“Ada cyst yang menganggu, kena buang dengan cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,” jelas Fizz lagi.
BACA INI : Zul Ariffin Bakal Menetap Di Mekah Tahun Hadapan
Fizz FAiruz menjelaskan bahawa isterinya itu merasa kurang sihat sejak beberapa hari lalu dan kini sudah selesai menjalni pembedahan tetapi masih dirawat di hospital untuk rawatan lanjut.
Sekadar info , pasangan ini berkahwin pada tahun 2014 dan sudah dikurniakan 4 orang anak perempuan yang comel .