Biasiswa Sekolah Menengah RM600 Untuk Anak Jati Pahang


Keutamaan diberi kepada anak Pahang dengan tanggungan anak bersekolah yang ramai, anak yatim, keluarga miskin atau ibubapa uzur atau ibu tunggal atau peserta PPRT.

Biasiswa ini menawarkan bayaran RM600 setahun.

Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan dibuka mulai 12 Mei sehingga 15 Jun 2022.

Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat permohonan:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon / ibu / bapa mestilah lahir di negeri Pahang.
  4. Jika pemohon / ibu / bapa lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Pemohon mestilah mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Pemohon mestilah murid yang cemerlang akademik dan kokurikulum.
  8. Pemohon mestilah sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Berasrama Penuh/Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Menengah Agama/Sekolah Menengah Agama Negeri/Sekolah Menengah Agama Rakyat/Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang sahaja.
  9. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) pemohon mestilah tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  10. Murid yang pernah digantung/dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
  11. Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun bermula 12 Mei sehingga 15 Jun 2022.

Cara Permohonan:

Berikut merupakan langkah-langkah untuk permohonan:

Langkah 1: Dapatkan borang permohonan di sekolah dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Langkah 2: Lengkapkan butiran yang diperlukan.

Langkah 3: Hantar borang 1.0 / 2.0 kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod dan simpanan.


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Yayasan Pahang atau hubungi di talian 09-5181800.

Penafian – Bahan artikel kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan yang related dengan “Biasiswa Sekolah Menengah RM600 Untuk Anak Jati Pahang” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia