MRC Scholarship Awards 2022 merupakan biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat IPT telah dibuka.
Biasiswa BSMM terbuka kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), serta pengajian sarjana muda di universiti-universiti terkemuka di Malaysia.
Baca juga:
- Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari Dibuka Sehingga 25 Oktober
- Permohonan Tajaan Biasiswa Sarjana Di Jepun 2023
Tarikh Permohonan Dibuka:
Permohonan dibuka sehingga 20 September 2022.
Kelebihan:
- Yuran Pendidikan
- Elaun Sara Hidup
- Peluang-peluang Latihan Industri
- Peluang-peluang Pekerjaan dengan industri setelah tamat pengajian
Bidang Yang Ditawarkan:
- Kejuruteraan – Kimia/Mekanikal/Elektrikal & Elektronik/Perindustrian/Bahan/Tenaga
- Sains dan Teknologi Polimer
- Logistik dan Rantaian Bekalan
- Environmental Studies
- Ekonomi/Pemasaran/Pengajian Perniagaan/Akaun/Analisa Statistik
- IT/Sains Komputer/Kejuruteraan Sistem Komputer
- Sains Data dan Analitik
Syarat Kelayakan:
Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:
- Warganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS tempatan.
- Keputusan akademik yang cemerlang dalam SPM dan STPM atau setara, dan juga program ijazah sarjana muda (jika ada).
- Sudah mendapat tempat atau sedang mengikuti program ijazah sarjana muda (Tahun 1 atau 2) di IPTA/IPTS.
- Tidak mendapat sebarang biasiswa, bantuan kewangan atau anugerah lain.
- Pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga daripada industri getah adalah dialu-alukan memohon.
Cara Permohonan:
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang portal Scholarships2022.
Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 3: Hantar permohonan.
Maklumat Lanjut:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-2782 2100 atau emel ke [email protected].