Betul ke Bantuan Sara Hidup akan ditambah RM1000 pada bulan jun nanti? rata-rata netizen membincangkan isu tersebut di laman sosial, ada yang menggangapnya betul ada yang mengatakan hanya salah faham.
Ini berpunca dari rakaman temubual yang dibuat oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan bersama astro awani dalam Soal Rakyat berkaitan Bantuan untuk golongan B40.
Senarai Kandungan
Kenali Apa Itu B40
Isi rumah yang memperolehi pendapatan 40% terendah dari jumlah keseluruhan pendapatan rakyat Malaysia (Bottom 40 atau B40). Dengan kata lain, dalam skop BSH merangkumi semua penerima BSH dari Berpendapatan RM4000 dan kebawah.
Betul Ke Ada Tambahan RM1000 BSH Jun?
Video ini menjadi tular di laman sosial apabila rakaman separuh ini dimuat naik oleh netizen, beriku adalah apa yang dicakap oleh Menteri Kewangan dalam video tersebut.
So dari segi aspek BPN ini, kita tengok kita lihat kita kajilah..Berapa minumum yang diperlukan oleh golongan B40 ini..yang akan menolong ekonomi untuk bantu macam Bantuan Sara Hidup..Jadi kita berpedapat bahawa jumlah RM1600 ini BPN ini akan dapat menolong sedikit sebanyak golongan B40 ini..Dan bulan Jun ini, mereka akan dapat lagi Bantuan Sara Hidup.. Jadi kalau campur Rm1600 dan RM1000 lagi jumlahnya RM2600 dalam masa 3 bulan untuk golongan B40 ini.
Jesteru, admin berpendapat yang Bantuan Sara Hidup hanya akan dibayar untuk baki sahaja daripada jumlah keseluruhan BSH tahun 2020 dimana tarikh bayaran BSH Fasa 3 dijangka sekitar bulan julai, ini bukannya tambahan RM1000 yang diviralkan tersebut.
Akan tetapi jika, ada pengumuman RASMI barulah kita boleh berbacara berkaitan tambahan RM1000 tersebut untuk penerima BSH B40 ini.
Ringkasan Tarikh Pembayaran & Jumlah
Berikut adalah ringkasan jumlah yang korang akan dapat untuk BSH sahaja sepanjang tahun 2020, tidak termasuk BPN dan RM1000 tambahan yang dikatakan itu. (Betulkan Jika Ada Salah).
Isi Rumah Pendapatan RM2,000 Ke bawah
- Fasa 1 : RM300 – 20 Januari 2020
- FASA 2(i) : RM200 – 16 Mac 2020
- FASA 2(ii) : RM100 + RM100 + RM50 eTunai + RM120/anak
- Fasa 3 : RM400 – Julai 2020
- Jumlah Keseluruhan = RM1000(BSH) + RM100(Tambahan) + RM50(eTunai) + RM120/Anak = RM1150 + RM120/Anak
Isi Rumah Pendapatan RM2001-RM3000
- Fasa 1 : RM300 – 20 Januari 2020
- FASA 2(i) : RM200 – 16 Mac 2020
- FASA 2(ii) : RM100 + RM50 eTunai + RM120/anak
- Fasa 3 : RM250 – Julai 2020
- Jumlah Keseluruhan = RM750(BSH) + RM100(Tambahan) + RM50(eTunai) + RM120/Anak = RM900 + RM120/Anak
Isi Rumah Pendapatan RM3001-RM4000
- Fasa 1 : RM300 – 20 Januari 2020
- FASA 2(i) : RM200 – 16 Mac 2020
- FASA 2(ii) : RM100 + RM50 eTunai + RM120/anak
- Fasa 3 : Tiada – Julai 2020
- Jumlah Keseluruhan = RM500(BSH) + RM100(Tambahan) + RM50(eTunai) + RM120/Anak = RM650 + RM120/Anak
Bujang Pendapatan RM2000 Kebawah Umur 40 Tahun Keatas
- Fasa 1 : Tiada – 20 Januari 2020
- FASA 2(i) : RM200 – 16 Mac 2020
- FASA 2(ii) : RM100 +RM100 + RM50 eTunai
- Fasa 3 : Tiada – Julai 2020
- Jumlah Keseluruhan = RM300(BSH) + RM100(Tambahan) + RM50(eTunai) + RM120/Anak = RM450
OKU Pendapatan RM2000 Kebawah Umur 18 Tahun Keatas
- Fasa 1 : Tiada – 20 Januari 2020
- FASA 2(i) : RM200 – 16 Mac 2020
- FASA 2(ii) : RM100 +RM100 + RM50 eTunai
- Fasa 3 : Tiada – Julai 2020
- Jumlah Keseluruhan = RM300(BSH) + RM100(Tambahan) + RM50(eTunai) + RM120/Anak = RM450
Itu saja serba sedikit gambaran berkaitan isu BSH ini, apapun sama-sama kita tunggu jika ada pengumuman rasmi terlebih dahulu, jangan sebarkan text atau info palsu yang digembar gemburkan di media sosial. Jika ada sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh rujuk
- Hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 atau 03-88824566
- Bebas Tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2747
- Alamat Emel: [email protected]
Maaf ye nak tanya bsh sya keputusan akan di maklumkn sejak bulan mac lagi kenpa ye…?
Masalahnya y bulan 3 hrtu mane ad dpt duit sperti y diceritakan..fasa kedua tu xbtl nilai y dckpkan 200 bulan 1 bulan 3 100 je y dpt kumpulan b40 tu kenyataan bia betul ckit
Kami merujuk kenyataan rasmi dari LHDN, 16 mac memang RM200, boleh rujuk https://bsh.hasil.gov.my/Download/Faq/BSH2020_FAQ_BayaranFasa2.pdf
Bayaran untuk bujang b40 ke atas mana ada dapat lagi..16mac mana ada dapat bayaran.
Saya permohon baru 1 sen x dpat lgi duit bsh
🙄
FASA 2(ii) : RM100 +RM100 + RM50 eTunai
+ RM120/Anak = RM1150 + RM120/Anak
Fasa 2ii ni hanya dpt RM100 sahaja
Yg lain tu bleh claim balik ke? Mcmana tu?
These all I don’t receiving from 2018 so just listening those have receiving every year even no update form.i’m orphan so I believe more understand for case like this.any government help through money I don’t have receiving it,feel give up on any ways to support & forgetting only.
Fasa 2.(¡¡) bila dpt tu,,?,maaf brtnya.
Hhaaa….BSH NI KUAT MENIPU…LAST YEAR PUN X HABIS LAGI BAYAR….SKALI JE AKU DPT RM270 nak tgok BANK STATEMENT BSN AKU X?
Bayaran kedua y ada tmbahan anak ewallet bagai tu bila?
Kalau buat permohonan barubpada february ruarybila dpat?
*kalau buat permohonan baru pada february 2020 bila dapat?
Tiada sebarang bayaran keatas bujang b40 49th keatas setakat ini. Cek online pun ‘akan diberitahu kelak’
Saya ada kekeliruan sikit tentang BUJANG.
RM200 & RM50 etunai dapat.
Tambahan RM100 itu tiada lagi.Bila bayaran ?
Terima kasih.
Betul lah dia tambah 1000 lagi.sebab tu jadi 2600.dah jelas dia cakap bulan jun akan dapat lagi rm1k menjadikan berjumlah rm2600..xkan x faham apa yg dia ckap..
kemaskini bsh
Tapi saya tak ada dapat bsh fasa 123 semua ini. Bpn saya dapat. Kenapa?
BSH
Fasa 1 terima bayaran bln Jan 2020
Fasa 2 saya tidak terima bayaran bln March 2020
Macam mana saya bak buat?
Harini baru sedar yang
Rm 1000.00 terima bln April
Rm 600.00 terima bln Mei
Adalah duit BPN
Saya apply bln 2 bsh tapi bln 3 x masuk pun duit
Bsh 2020 bujang umur 39tahun tak dpt bantuanke
BPN saya terima tetapi BSH tak pernah terima, macam mana ye? Dan pendapatan saya hanya RM500 sebulan tu pun Bantuan Zakat kerana menganggur
E duit msk kt mana
Kalau semak bsh ada tu resit bayaran….kan dia dh ckp…nak bagi settle semua yg bpn dulu…. yg mne bsh ada masalah tu.. nnti dh settle bpn …buat la rayuan…nnti dia bayar semua sekali…. yg admin share tu betul la….lain kali tanye baik2…adab mne adab
FASA 2(ii) : RM100 + RM100 + RM50 eTunai + RM120/anak
kenapa saya tidak ada terima fasa 2(ii) seperti yang diberitahu?
eTunai dikira macam mana? Saya dikategori B40. Jumlah Keseluruhan = RM1000 (BSH) + RM100 (Tambahan) + RM50 (eTunai) + RM120/Anak = RM1150 + RM120 x Bil Anak. Kalau macam tu, alhamdulillah sebab anak saya 5 orang, kelima-lima bersekolah dan saya masih lagi menganggur.
Bila menteri kewangan telah mengatakan bahawa bln Jun dapat lagi rm1000 Dalam temubual astro awani Dan rakyat pun dah happy kerana ada gologan masyarakat b40 dpt meringgankan beban hutang kerana pkp Dan klau lah kerajaan pn tidak tunai apa meraka dah bagitahu dlm tv maka rakyat akan menilai apa yg kerajaan cakap adalah bohong.
Biar betul dapat 100 ke ada hutang dengan bank..bank potong 100 hutang debit..hahahha
Alhamdulillah…gembira saya dengar.Banyak bantuan yg di terima untuk golongan b40.Tapi saya sedikit terkilan kerana kerajaan mungkin terlepas pandang kepada golongan seperti saya yg mempunyai bilangan anak yg ramai tetapi suami berpendapatan rm4 700.Dengan gaji inilh kami membesarkan anak seramai 12 orang.Tapi saya tetap berterima kasih kepada kerajaan di atas bantuan prihatin nasional sebelum ini.Saya harap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan masalah yang di hadapi oleh golongan seperti kami yang mempunyai bilangan anak yang ramai yang terpaksa menampung kos yang tinggi dalam pembelajaran anak-anak.Saya mempunyai 2 orang anak di ipta,3 orang di sekolah berasrama penuh,4 orang bersekolah rendah dan 2 orang di prasekolah.Untuk pengetahuan,saya juga ada memohon pelbagai bantuan yg ada sebelum ini seperti bantuan awal persekolahan(YAPIEM),bantuan anak sekolah dan pelbagai bantuan lain.Tetapi semua bantuan yg saya mohon di tolak kerana saya tidak tergolong dalam golongan b40.Alangkah beruntungnya golongan b40 yang tidak mempunyai tanggungan yg besar tetapi mendapat banyak bantuan drpd kerajaan.Saya sangat2 berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan syarat2 bantuan yg diberikan kepada golongan seperti kami yg tidak tergolong dlm b40 agar nasib dan pembelajaran anak2 kami lebih terbela..