“Berkat Doa Bapa, Dia Menjadi Asbab Saya Mendapat Hidayah” – Oktovia Manrose


Kini sudah berhijrah ke arah lebih baik dan berhijab, pelakon Oktovia Manrose berkata penghijrahannya itu adalah berkat doa bapanya, penyanyi dangkut terkenal, Iwan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Oktovia berkata bapanya menjadi asbab dia menerima hidayah untuk berubah.

Mohon juga :  Sewa bulanan RM160 – RM250: Ini senarai projek & cara memohon Rumah PPR yang sedang dibuka

Mohon juga :  Mohon Bantuan ‘one-off’ RM100 Di Sini ~ Mohon Disini Sekarang !

“Berkat doa dan ketabahan seorang ayah. Mujahadah sahaja untuk menebus kesilapan dahulu. Usahanya terasa. Masha-Allah, dialah sebab saya mendapat hidayah dan berubah.

“Tiada yang lebih beruntung daripada nikmat iman dan Islam yang ALLAH berikan sekarang. ALLAH beri akal dan kefahaman. Masha-Allah luar biasa,” tulisnya.

Menurut Oktovia, dia pernah bertanya pada dirinya sama ada dia sempat atau tidak untuk berubah dan mendapat keampunan daripada Tuhan.

“Saya pernah bertanya pada diri sendiri adakah saya ada masa? Allah terima saya? Dia sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dan percayalah Allah akan makbulkan setiap doa umatnya yang benar-benar ikhlas. In Shaa Allah.

“Perlahan-lahan didik diri untuk mendapat keredhaan Allah. Bukan sahaja dari jumlah ibadah yang kita lakukan setiap hari, tetapi dari istiqomah dalam melaksanakan kewajipan kepada Allah SWT,” tulisnya.

Di penghujung perkongsiannya, Oktovia turut mendoakan agar keluarganya terus kuat dan mendapat pengakhiran yang bahagia.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3