Home » Gosip Artis Malaysia » Berita Dari Seberang ,Telefon Punca Kemalangan Maut Arwah Vanessa Angel Dan Suami.

Berita Dari Seberang ,Telefon Punca Kemalangan Maut Arwah Vanessa Angel Dan Suami.

Penyataan demi penyataan yang dari pelbagai pihak, disahkan bahawa kemalangan yang meragut nyawa Allahyarhamah Vanessa Angel dan suaminya dalam satu kemalangan jalan raya di Tol Jakarta-Surabaya berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur, 4 November lalu adalah berpunca dari pemandu peribadinya yang bermain telepon sewaktu sedang memandu.

Ini dinyatakan sendiri oleh pemandu peribadi yang dikenali sebagai Tubagus Joddy bahawa dia menggunakan telefon bimbit beberapa kali sebelum berlakunya kemalangan ngeri itu yang mana Joddy berkata dia ada menghubungi orang tuanya pada jam 11.55 pagi, kira-kira sejam sebelum kemalangan.

Joddy juga dikatakan mengaku sempat memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story miliknya.

Disebabkan kecuaian yang mengakibatkan kemalangan , Joddy telah disabitkan kesalahan di bawah Pasal 310 Ayat 2, Ayat 4 tentang UU Lalu Lintas dan Jalan Raya dan Pasal 331 ayat 5 tentang kelalaian sehingga menyebabkan Vanessa dan suaminya meninggal dunia.

Antara yang terselamat dalam kemalangan tersebut adalah pemandu kereta mereka, Joddy, anak lelaki pasangan itu iaitu Gala Sky, dan pengasuhnya dikenali sebagai Siska.

Bapa kepada Allahyarhamah Vanessa Angel, Doddy Soedrajat meluahkan rasa kecewa terhadap pemandu kenderaan yang menyebabkan kemalangan sehingga meragut nyawa anak dan menantunya. Dia juga mendedahkan ramai pihak tampil menyatakan hasrat untuk menjadikan cucunya Gala Sky Andriansyah sebagai anak angkat.

Namun bagaimanapun berkata dia menolak tawaran tersebut kerana mahu membesarkan sendiri cucu lelakinya itu.

Menurut Doddy, pemandu tersebut yang dikenali sebagai Tubagus Joddy langsung tidak menghubunginya selepas insiden kemalangan itu berlaku. Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab itu, Doddy berharap pemandu tersebut menerima hukuman yang setimpal.mendedahkan ramai pihak tampil menyatakan hasrat untuk menjadikan cucunya Gala Sky Andriansyah sebagai anak angkat.

Penafian – Bahan yang portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Berita Dari Seberang ,Telefon Punca Kemalangan Maut Arwah Vanessa Angel Dan Suami.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes