Berilah Peluang Ahli KWSP Tidak Aktif Keluarkan Wang


WALAUPUN negara berada dalam fasa endemik dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa, masih ramai lagi yang terjejas akibat penularan wabak tersebut.

Baca Juga Dapatkan Insentif KWSP RM250

Ada yang diberhentikan kerja, ada yang memilih skim pemisahan kerja sukarela (VSS) dan sebagainya. Golongan ini memerlukan sokongan kewangan yang kukuh untuk meneruskan kehidupan seharian terutamanya mereka yang tergolong dalam kumpulan B40.


Beban Kewangan Semakin Terasa

Mungkin ada dalam kalangan mereka yang bekerja sendiri dengan pendapatan kurang daripada ketika mereka dibayar. Beban kewangan semakin terasa dengan kenaikan harga semua sektor barangan keperluan serta kos persekolahan atau pendidikan universiti untuk anak-anak. Itu belum termasuk kos rawatan ke klinik atau hospital.

Benarkan Pengeluaran Sekali Lagi

Jadi, sekiranya kerajaan membenarkan sekali lagi pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khusus untuk ahlinya yang tidak aktif, ia akan memberi manfaat kepada mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup (menggunakan sebahagian atau keseluruhan simpanan KWSP) untuk tujuan tertentu.

Wang KWSP adalah hak milik pencarum dan ahli yang tidak aktif perlu dibenarkan mengeluarkan wang bagi membantu mengurangkan beban yang perlu ditanggung.


Tandatangan Petisyen Pengeluaran KWSP 2.0

Bagi mereka yang ingin menyokong pengeluaran KWSP 2.0 ini, sila tandatangan petisyen pengeluaran KWSP kali terakhir di pautan berikut : Petisyen Pengeluaran KWSP 2.0

Join group komuniti Facebook KWSP di sini : Klik Sini.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3