Berhenti Mengaibkan Saya – Azwan Ali Sangkal Dirinya Bermasalah


Semalam , pihak pengurusan Awesome TV dalam satu kenyataan menyatakan bahawa nama Azwan Ali telah digugurkan sebagai pengacara dalam program realiti Tv Mic On musim kedua (Mic On 2) yang  berkuat kuasa serta merta semalam.

Namun penguguran berkuat kausa serta merta itu tidak mendapat penjelasan yang sepatutnya dan seharusnya pihak pengurusan menjelaskan apa yang berlaku bagi tidak mengeruhkan keadaan.

Dalam satu kenyataan media , Azwan Ali berkata yang dirinya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan dan meminta agar pihak wartawan bertanyakan sebab dia digugurkan kepada pihak pengurusan kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan .

“Mereka boleh cakap apa saja, dipersilakan. Allah Maha Berkuasa. Tunggu sajalah nasib mereka, karma itu pasti ada.

Dia yang mengaku bahawa dirinya tidak terjejas sedikit pun dengan perkara tersebut kerana masih laku dan masih dipanggil oleh pihak produksi lainnya bagi menggunakan khidmatnya .

Dia yang juga mengatakan bahawa kehadirannya dalam Mic On bukanlah kerana mengejar bayaran ciput yang diberikan namun melakukannya demi peminat yang sering memintanya kembali aktif sebagai pengacara tersohor yang pernah menerajui dunia pengacaraan di Malaysia.

“Mereka boleh pertahankan kru dan wakil pengurusan, tapi saya juga ada prinsip hidup sendiri. Jangan main-main dengan saya,” katanya .


Malah Azwan Ali sempat berpesan agar pihak Awesome TV tidak sesekali mempergunakan orang sesuka hati dan memohon agar segera membuat bayaran untuk khidmatanya di MIC ON.

“Bayar hutang saya sebelum saya buat laporan polis. Sudahlah bayar ‘ciput’. Jangan sesekali menggelupur mempergunakan orang, saya tak hadap.

Mengakui dririnya popular dan penonton melihat Mic On adalah kerana dirinya berada dalam program  tersebut , Azwan Ali begitu marah dan  terkilan dengan sikap pihak yang tidak menjaga adap dengan dirinya selaku pengacara senior yang sudah lama berkecimpung dalam dunia seni.

Merasakan dirinya dianiyai dan terasa terhina kerana diperlakukan begitu dan , Azwan sempat mengatakan karma bakal menanti kepada pihak yang cuba mengaibkan dirinya.

Tidak terima terburu – butu mengeluarkan kenyataan tentang isu yang berlaku , Azwan mengaku terdapat perkara yang tidak sepatutnya berlaku dalam pengurusan Awesome TV namun tidak mahu mendedahkan perkara tersebut dan hanya menanti pihak terbabit mengeluarkan kenyataan .

Dia hanya mahu bayarannya dibayar dengan segera dan tidak mahu memanjangkan isu tersebut dan berharap pihak pengurusan membayar secepat mungkin dan tidak mahu ianya tertunggak seperti tahun lalu.

Azwan Ali tidak teragak -agak menggunakan khidmat peguam dan juga membuat laporan polis jika perkara ini tidak diselesaikan dengan segera.

Penafian – Semua artikel admin kongsikan dihalaman ini merupakan panduan dan ringkasan yang related dengan “Berhenti Mengaibkan Saya – Azwan Ali Sangkal Dirinya Bermasalah” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia