Bercakap pun tak sedap , apatah lagi menyanyi , – Dato Awie Kecewa


Sebelum tular video klip dan lagu terbaru daripada usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri bersama Baby Shima , Malaysia sudah dikejutkan dengan promosi yang dilakukan oleh usahawan ini.

Malah individu yang terlibat juga telah dikecam teruk oleh para netizen kerana sanggup menjatuhkan maruah dan memalukan diri sendiri melalu video yang disiarkan di media sosial demi mempromosikan lagu tersebut.

Namun itu tidak menjadi masalah buat mereka kerana mereka dibayar dan mengaku merelakan diri diperlukakan begitu atas kemahuan orang yang membayar mereka untuk melakukan “kerja” mereka.


Setelah lagu Aliff Syukri ditayangkan di Youtube baru – baru ini dan menjadi perbulan hangat di media , Datuk Awie turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mereka masih cuba masuk ke dalam industri hiburan dan mahu bergelar penyanyi tanpa bakat yang ada.

Sebelum ini Dato Awie penah menegur aksi pelakon yang keterlaluan melakonkan babak panas sehingga mengundang kritikan dan memalukan dirikan sendiri.

Awie Kecewa

Awie yang sudah berdekad menceburi bidang seni dari segi lakonan dan menjadi penyanyi popular hingga kini merasakan kontroversi seperti itu tidak sesuai diterapkan dalam indutri kerana ianya tidak releven sama sekali.


Dato Awie menyatakan mereka hanya memalukan nama Malaysia dan mengakui terkilan melihat industri seni dilacuri oleh orang yang tiada jiwa sebagai anak seni.

BACA : Perkara ini saya lakukan kerana saya seorang Muslim, suami dan sudah mempunyai anak – Alif Satar

Malah kecewa kerana industri dibiarkan jatuh terperuk kerana terdapat golongan yang menggunakan industri ini demi kepentingan semata – mata kerana mahukan publisiti murahan dan populariti melalui kebencian.


“Diorang ni bukan kategori penyanyi langsung, nak bercakap pun tak sedap apatah lagi menyanyi, minta maaflah saya bukan bagus sangat tapi saya sayangkan industri ni.”

Jelas Awie lagi, dia sangat berharap agar mana-mana individu yang bukan dalam bidang seni untuk tidak memburukkan nama sendiri serta negara demi kepentingan diri semata – mata.

Walaupun mempunyai banyak wang ringgit , laburkanlah ke tempat yang sepatutnya agar tidak mecemarkan nama baik sendiri , keluarga dan orang lain.


Namun apa yang dimahukan Awie adalah peluang yang sepatutnya diberikan kepada generasi yang betul-betul berbakat dan ingin menceburkan diri dalam industri hiburan tanah air.

Malah terdapat ramai generasi baru yang berbabat cume tidak mempunyai peluang untuk mengembangkan bakat mereka kerana kekurangan dana atau populariti untuk mempromosikan diri sendiri.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3