Berbogel Di Pohon Suci, Influencer Russia Diusir Dari Bali


Seorang influencer dari Rusia dan suaminya diusir keluar dari Bali selepas melakukan penggambaran berbogel di atas pokok keramat yang melanggar budaya tempatan, menurut pihak berkuasa dari pulau percutian tersebut.

Alina Fazleeva, yang mempunyai ribuan pengikut di Instagram, bergambar bogel di sebatang pokok beringin berusia 700 tahun di sebuah tokong di daerah Tabanan.

Gambar yang diambil oleh suaminya Andrey Fazleev, telah dimuat naik ke Instagram dan menjadi tular sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat Bali.

 

Berbogel Di Pohon Suci, Influencer Russia Diusir Dari Bali 2

 

Gunung, pokok dan ciri semula jadi lain dianggap suci dalam budaya Hindu Bali, kerana ia dianggap sebagai rumah para dewa.

“Kedua-dua mereka terbukti melakukan aktiviti yang membahayakan ketenteraman awam dan tidak menghormati adat dan norma tempatan,” kata ketua imigresen Bali, Jamaruli Manihuruk kepada pemberita.

“Jadi, mereka akan dikenakan deportasi.”

Pasangan suami isteri tersebut dilarang masuk ke Indonesia sekurang-kurangnya enam bulan. Mereka juga terpaksa menyertai upacara pembersihan di kawasan suci itu mengikut kepercayaan tempatan, tambahnya.

 

Berbogel Di Pohon Suci, Influencer Russia Diusir Dari Bali 3

 

Fazleeva memohon maaf di akaun Instagramnya dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia, mengakui bahawa dia “membuat kesilapan besar”.

“Terdapat banyak tempat suci di Bali dan tidak semuanya mempunyai papan tanda maklumat mengenainya, seperti dalam kes saya ini,” katanya.

“Dan, adalah sangat penting untuk menghormati tempat dan tradisi ini”.

Gabenor Bali, Wayan Koster berkata pentadbirannya tidak akan lagi bertolak ansur dengan pelancong yang tidak menghormati tempat-tempat suci begini.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3