Berang Rambut Digunting, Pelajar Didakwa Ugut & Nekad Pukul Guru Dengan Penyapu


Berang Rambut Digunting, Pelajar Didakwa Ugut 

Berang rambutnya di gunting, seorang pelajar berumur 15 tahun didakwa mencuba untuk ugut seorang guru, pelajar itu cuba untuk membunuh dan pukul seorang guru wanita dengan menggunakan batang penyapu di sebuah sekolah di Jalan Anggerik 4, Bukit Sentosa pada Rabu.

Pengawai Polis dan ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, laporan mengenai kejadian tersebut diterima pada jam 3.14 petang oleh guru tersebut pada hari kejadian.

“Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengah hari semasa guru wanita berusia 52 tahun itu sedang membuat rondaan di sekolah berkenaan.

Pelajar cuba ugut guru, kerana guru tersebut memotong rambutnya

“Guru disiplin berkenaan telah menerima laporan bahawa terdapat seorang pelajar berambut panjang dan telah menggunting rambut pelajar berusia 15 tahun tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam, lapor Kosmo!

Turut laporan, pelajar tersebut bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan guru tersebut lalu memarahi serta ugut mahu membunuh guru wanita itu.

“Pelajar terbabit juga telah memukul guru itu menggunakan batang penyapu sehingga menyebabkan kecederaan pada mata di sebelah kiri.


“Bertindak atas maklumat, polis telah menahan pelajar terbabit dan melakukan ujian saringan air kencing di mana keputusannya adalah negatif,” jelasnya.

Difahamkan, berdasarkan semakan yang dibuat oleh Arsad, pelajar yang berusia 15 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah yang telah dilaporkan setakat ini.

Susulan tindakan itu, pelajar terbabit telah ditahan reman di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana ugutan jenayah bermula semalam.

BACA: Cara Lembutkan Hati Anak Agar Lebih Mendengar Kata

Penafian – Semua artikel kami share dihalaman ini merupakan tutorial dan ringkasan yang related dengan “Berang Rambut Digunting, Pelajar Didakwa Ugut & Nekad Pukul Guru Dengan Penyapu” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.