Bendera Negeri Selangor Dikibar Separuh Tiang Selama Tiga Hari


Baru-baru ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan supaya bendera negeri dikibar separuh tiang sebagai menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 9 September lalu.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim, dalam satu kenyataan memaklumkan, bendera Selangor akan dikibarkan separuh tiang tiga hari bermula Sabtu ini.

Baca juga:

Sultan Selangor telah berkenan agar bendera Negeri Selangor dikibarkan separuh tiang bermula Sabtu sehingga Isnin bagi menzahirkan hubungan baik baginda dengan Ratu Elizabeth II.

Titah baginda itu adalah sebagai tanda menghormati kemangkatan baginda Ratu di Istana Balmoral selepas 70 tahun menaiki takhta dan adalah monarki paling lama bertakhta dalam sejarah United Kingdom.

Sekadar info, selaras titah berkenaan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bermesyuarat semalam menjunjung titah dan mengarahkan semua Jabatan dan agensi di Selangor mengibarkan bendera Negeri separuh tiang atas perkenan baginda Sultan Sharafuddin.

Terdahulu, Istana Buckingham memaklumkan kemangkatan Ratu Elizabeth pada 9 September lalu dan tempoh berkabung ditetapkan selama 10 hari.

 

Sumber: BERITA HARIAN




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3