Benarkan Pengeluaran KWSP Untuk Ahli Tak Aktif


Untuk pengetahuan kerajaan, ada golongan yang asalnya bekerja makan gaji dan mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tempoh tertentu seperti 5 atau 20 tahun.

Baca juga Pengeluaran KWSP 2.0

Kemudian mereka berhenti bekerja sebelum mencapai umur 55 tahun atas beberapa sebab seperti diberhentikan kerja oleh majikan, memilih Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan banyak sebab-sebab lain.


Mungkin ketika ini golongan tersebut memilih untuk bekerja sendiri dengan pendapatan yang agak rendah berbanding ketika mereka mendapat gaji.

Pengeluaran Untuk Ahli Tak Aktif

Dengan tuntutan perbelanjaan keluarga yang masih tinggi, antara lain kerana anak-anak masih belajar di peringkat menengah atau di institusi pengajian tinggi (IPT) atau berdepan masalah kesihatan, sudah pasti membebankan golongan ini.

Oleh itu, dengan mewujudkan pengeluaran khas untuk golongan tersebut (sebahagian atau keseluruhan deposit KWSP), ia boleh digunakan oleh golongan berkenaan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka atau untuk tujuan tertentu seperti menunaikan haji.


Simpanan KWSP adalah hak milik pencarum dan sewajarnya ahli yang tidak aktif juga dibenarkan mengeluarkan wang tersebut terutama untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana mereka tiada pilihan lain selain bergantung kepada simpanan KWSP.

Pengeluaran Lain

Sebelum ini, KWSP membenarkan kemudahan pengeluaran melalui i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan penularan wabak Covid-19.

Jika anda menyokong pengeluaran KWSP 2.0 ini patut dilaksanakan, sila join Komuniti Group FB KWSP di bawah :


Group FB KWSP 2.0

Ditulis oleh : AHLI KWSP TIDAK AKTIF




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3