Home » Isu Semasa » Belanjawan 2022 yang Diluluskan Di Dewan Rakyat Beri Sinar Baharu Keluarga Malaysia – Ismail Sabri

Belanjawan 2022 yang Diluluskan Di Dewan Rakyat Beri Sinar Baharu Keluarga Malaysia – Ismail Sabri

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap supaya Bajet 2022 peringakt dasar yang diluluskan di Dewan rakyat bakal beri sinar yang baik buat ahli Keluarga Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau semalam, Ismail Sabri berharap manfaat daripada kelulusan belanjawan itu dapat meliputi untuk pelbagai kaum, budaya, agama dan tanpa ada pihak yang tercicir.

“Alhamdulillah! #Bajet2022 peringkat dasar telah pun diluluskan di Dewan Rakyat hari ini…. Tiada siapa akan terpinggir,” katanya.

Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) yang merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan beliau telah diluluskan di Dewan Rakyat semalam setelah ramai yang bersetuju semasa undian suara dijalankan.

Penafian – Semua yang portalamalaysia share diatas merupakan panduan tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Belanjawan 2022 yang Diluluskan Di Dewan Rakyat Beri Sinar Baharu Keluarga Malaysia – Ismail Sabri” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes