“Bekas Isteri SM Faizal Yang DM Saya” – Caprice Enggan Mohon Maaf , Sedia Diheret Ke Mahkamah


Semalam viral tentang isu mengenai ahli perniagaan  Dato SM Faisal Nasimuddin Kamal yang dikatakan telah mengemukakan tuntutan saman fitnah terhadap kes membabitkan bekas isterinya, Emilia Hanafi kepada selebriti ternama , Caprice .

Perkara ini berkaitan tentang sebuah video yang telah dikogsi oleh Cap di media sosial miliknya pada tarikh 28 Jun 2022 lalu dan menyebabkan namanya menjadi bualan ramai dan mengaibkan namanya.


Namun Cap tampil menjawab persoalan tentang saman tersebut dengan menyatakan bahawa dirinya tidak akan meminta maaf sama sekali kepada indiviidu tersebut dan bersedia untuk diheret ke mahkamah bagi membantu siasatan.

Membantu Orang Awam

Malah menganggap ianya sebagai isu yang perlu diulas bagi membantu mangsa yang terlibat dan ianya bukan pertama kali dia tampil mengulas isu sebegitu dan mendapat tantangan daripada pihak lain.

BACA INI : Tahniah ! Ainul Aishah Kini Sah Bergelar Isteri


Bukan itu sahaja tetapi Caprice juga mendedahkan bahawa Emilia sendiri yang menghubunginya dan mahu berkongsi kisah tersebut kepada orang awam dan di media sosial demi mempertahankan dirinya.

“Kita tetap akan bela mangsa, tidak kisah siapa pun orangnya. Tuan badan sendiri ada DM Caprice minta tolong beri kesedaran tentang kes yang berlaku pada dirinya. Kalau mangsa ada DM kita, memang kita akan tolong.”

Caprice dalam ulasannya itu juga menjelaskan bahawa terdapat individu yang cuba mengambil kesempatan dan memperbesarkan isu ini demi menutup perkara yang lain.


“Pertamanya, Caprice rasa seperti ada individu yang mahu viralkan kes ini. Perkara ini sudah dua bulan berlaku dan kami memang sedang menguruskan hal ini.”

Sebkadar info , SM Faisal sebelum ini telah didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi di sebuah kediaman di Desa Sri Hartamas, Brickfields, Kuala Lumpur antara pukul 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 November 2015.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3