Bekas Finalis Master Chef Malaysia Didakwa Membunuh Pembantu Rumah.


Seorang bekas finalis Masterchef Malaysia 2012 dan suaminya telah dihadapkan di Mahkamah Majistret atas dakwaan membunuh pembantu rumah mereka di sebuah kondominium milik mereka .

Bekas finalis Masterchef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulang 33 dan suaminya Mohammad Ambree Yunos  40 berdepan dengan pertuduhan tentatif mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dimana boleh dikenakan hukuman mati jika didapati bersalah.

Tertuduh, Mohammad Ambree adalah seorang kontraktor manakala isterinya, Etiqah adalah seorang jurutera.

Menurut kertas pertuduhan, kedua-dua suspek didakwa membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiyah Daeng Damin 28 di kondominium di Jalan Lintas Lido, Sabah antara 10 hingga 13 Disember lalu.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, pasangan itu ditahan polis pada 14 Disember lalu, iaitu sehari selepas membuat laporan mendakwa menemui mayat pembantu rumah mereka di kondominium berkenaan, sejurus pulang daripada bercuti di Kundasang, Ranau.

Namun tiada sebarang pengakuan direkodkan sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Sejurus prosiding pendakwaan pendakwaan telah selesai, pasangan itu dihantar ke penjara reman sehingga sebutan semula kes ditetapkan pada 10 Februari depan.

Dan mereka kemudian telah dibebaskan atas jaminan polis pada 21 Disember lalu, sebelum diarah hadir menghadapi pertuduhan itu pada 29 Disember 2021.

Dilihat beberapa ahli keluarga pasangan itu turut menemani tiga anak mereka yang masih kecil, hadir mengikuti prosiding pendakwaan yang berlangsung.

Pendakwaan kes dijalankan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Irwan Suainbon dan Timbalan Pendakwa Raya, Ali Imran.


Manakala ketika prosiding itu, Mohammad Ambree diwakili peguam bela, Ram Singh dan Kimberly Yee, manakala Etiqah pula diwakili peguam bela, Datuk Seri Rakbir Singh.

 

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Bekas Finalis Master Chef Malaysia Didakwa Membunuh Pembantu Rumah.” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia