Bekalan Ubat Asas Berkurangan Sehingga 30 Peratus


Kebelakangan ini, isu kekurangan ubat biasa di klinik swasta dan farmasi komuniti di negara ini semakin meningkat.

Kementerian Kesihatan (KKM) digesa supaya memberi perhatian teliti terhadap isu ini.

Sekiranya bekalan ubat-ubatan asas terus berkurangan dan berlarutan tanpa penyelesaian, kemungkinan 11,000 klinik dan farmasi yang berisiko menutup operasi mereka.

Baca juga:

Menurut Timbalan Presiden Parti Gerakan Oh Tong Keong, terdapat ubat-ubatan yang mengalami kekurangan dalam satu tempoh masa malah jika bekalan kadang-kadang dipulihkan, kuantitinya sangat sedikit dan bekalannya akan terputus tidak lama selepas itu.

Penyebab utama kepada masalah dipercayai berpunca daripada kekurangan bahan mentah bagi farmaseutikal.

Menurut Oh Tong Keong, masalah berkenaan adalah serius dan banyak klinik swasta serta farmasi tidak tahu cara mengatasinya sehingga memilih bagi henti operasi.

Oh Tong Keong juga berharap KKM dan Majlis Perubatan Malaysia dapat bekerjasama bagi menyelesaikan masalah semasa serta memulihkan bekalan ubat-ubatan di pasaran secepat mungkin bagi melindungi kesihatan rakyat.

Terdahulu, menurut Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Premier Malaysia (MPCAM) Dr Raj Kumar Maharajah pada Julai lalu, kekurangan itu diramal sehingga hujung tahun ini dan boleh menyebabkan operasi tergendala jika tidak diberi perhatian.

Sekadar info, ubat seperti paracetamol, ubat batuk dan selesema berkurangan sehingga 30 peratus sehingga merencatkan operasi.

 

Sumber: HARIAN METRO




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3