Home » Semakan » Bayaran i-Citra Dah Masuk, Cara Semakan Status & Tarikh Pembayaran i-Citra Ogos 2021

Bayaran i-Citra Dah Masuk, Cara Semakan Status & Tarikh Pembayaran i-Citra Ogos 2021

Bayaran i-Citra Dah Masuk secara berperingkat untuk bayaran Bulan Pertama iaitu bulan Ogos. Yang kita semua fahamkan pembayaran iCitra KWSP telah mula dikreditkan bermula pada 2 Ogos 2021 ini.

Perkara ini telah melegakan hati setiap pemohon yang telah membuat permohonan pengeluaran Wang Simpanan milik mereka bagi membantu sedikit sebanyak meneruskan kelangsungan hidup pada musim pandemik yang amat mencabar ini.

Seperti yang dikongsikan dibawah, segelintir pemohon telah mendapat pembayaran pengkreditan KWSP i-Citra ke dalam akaun masing-masing.

Portal Malaysia ingin berkongsi mengenai cara semakan bayaran i-Citra anda.

Baca Juga: Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Ogos 2021

Cara Semakan Tarikh Bayaran i-Citra Melalui i-Akaun

Rujuk cara semakan seperti berikut:

  1. Buka applikasi i-Akaun melalui smartphone atau laman web rasmi
  2. Buka laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  3. Login menggunakan ID & Password yang telah anda didaftarkan
  4. Semak pada bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  5. Sila klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  6. Seterusnya klik di paparan yang ada tulis i-Citra

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Tarikh Bayaran i Citra

Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah

Baca Juga: Cara Semakan Status Rayuan BPR & Tarikh Bayaran Bagi Yang Lulus Rayuan BPR

Tarikh Bayaran i-Citra Bagi Bulan-bulan Berikutnya (Jadual Bulanan)

Untuk pengetahuan anda, seperti i-Sinar juga bayaran bagi i-Citra juga telah ditetapkan oleh pihak KWSP dan anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di i-Akaun KWSP.

  1. Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (ini bermaksud jika anda mendapat bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua juga akan diterima sekitar 2 September, Oktober juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  2. Maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  3. Sebelum akhir bulan berkenaan

Untuk makluman, pihak pegawai KWSP juga telah memaklumkan bahawa setiap pemohon boleh membuat semakan status mereka bagi mendapatkan info lanjut & yang terkini mengenai maklumat pembayaran i-Citra mereka.

Bagi anda yang ingin menyemak status permohonan i-Citra anda, boleh rujuk 2 kaedah semakan secara online dibawah.

Cara Semakan i Citra KWSP

A) MELALUI LAMAN WEB ICITRA KWSP

  1. Sila layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
  2. Boleh menekan menu Semakan Status
  3. Sila masukkan nombor MYKad & Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
  4. Boleh tekan pada butang Semak Status.
  5. Status permohonan anda akan dipaparkan seperti di bawah.

B) MELALUI LAMAN WEB I-AKAUN KWSP

  1. Sila buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Boleh log masuk menggunakan ID & password yang telah didaftarkan.
  3. Sila klik pada pada menu “Withdrawal History” &“i-Citra”.
  4. Status permohonan akan dipaparkan. Jika ditulis “Approved” bermaksud telah LULUS

Maklumat Lanjut

Disclaimers – Semua artikel kami kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Bayaran i-Citra Dah Masuk, Cara Semakan Status & Tarikh Pembayaran i-Citra Ogos 2021” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!