Bayaran Bantuan Tambahan STR RM600 – Lihat Senarai Kelayakan

Bantuan Tambahan STR RM600. Berita baik buat penerima-penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan telah mengeluarkan jadual pembayaran dan semakan STR untuk tahun 2023 dan STR Fasa 2 dimana ianya akan dibayar pada April ini.

Sebelum itu, dalam Bajet 2023 yang lalu Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim turut mengumumkan tambahan bantuan STR sebanyak RM600 kepada penerima yang layak.

STR Sumbangan Tunai Rahmah


STR Rahmah 2023 merupakan bantuan kerajaan Madani yang diberikan kepada orang yang layak dari segi pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan.

Pembayaran STR Fasa 1 dibayar pada bulan Januari dan akan diteruskan dalam beberapa bulan akan datang.

Ia merupakan inisiatif tahunan kerajaan untuk membantu rakyat yang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Jadual Pembayaran STR Fasa 2


Untuk makluman, melalui laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia, jadual pembayaran STR 2023 telah dipaparkan beserta jumlah bantuan yang akan diterima oleh para penerima.

Bagi STR Fasa 2, pembayaran akan dibayar pada April ini atau lebih tepat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2023 manakala Fasa 3 pada bulan Julai.

Baca Juga:


Jumlah Pembayaran STR Fasa 2


Bagi jumlah bayaran bantuan STR Fasa 2 pula, bayaran dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

a) WARGA TUA BERUMUR 60 TAHUN KE ATAS

  • RM100

b) BUJANG (21-59 TAHUN) & BUJANG KURANG UPAYA (19-59 TAHUN)

  • RM100

c) ISI RUMAH TIADA HAD UMUR

PENDAPATAN BULANAN RM 0 – RM 2,500

  • 0 Kanak-kanak – RM 200
  • 1-2 Kanak-kanak – RM 200
  • 3-4 Kanak-kanak – RM 200
  • 5 Kanak-kanak Dan Lagi – RM 200

PENDAPATAN BULANAN RM 2,501 – RM 5,000

  • 0 Kanak-kanak – RM 200
  • 1-2 Kanak-kanak – RM 200
  • 3-4 Kanak-kanak – RM 200
  • 5 Kanak-kanak Dan Lagi RM 200

BANTUAN TAMBAHAN STR


Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan tambahan RM600 STR kepada warganegara yang layak.

Penerima STR yang layak menerima bantuan tambahan adalah isi rumah miskin tegar tanpa had umur.

str tambahan

CARA MEMOHON & KEMASKINI


LHDNM telah mengumumkan cara permohonan dan isi borang STR bagi mereka yang tidak lulus dan begitu juga dengan pengemaskinian akaun.

Anda boleh berbuat demikian dengan melayari laman rasmi :  https://bantuantunnai.hasil.gov.my/

Semoga berjaya dalam permohonan anda.


10 thoughts on “Bayaran Bantuan Tambahan STR RM600 – Lihat Senarai Kelayakan”

  1. Minta bantuan tambahan jika sesuai atau tidak nombor pengenalan mykad 690131115061 nombor telefon bimbit 01117876408

    Reply

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3