Bayaran Bantuan Khas Kewangan Mula Dikreditkan Harini Ini – Semak Sini Sekarang !


KUALA LUMPUR 16 Jan – Bayaran Derma Tunai (STR) Fasa 1 kepada 8.7 juta kumpulan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang didaftarkan dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023.

RASMI : Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) Fasa 1 

Kategori penerima isi rumah pula akan menerima sebanyak RM300, warga emas tanpa pasangan (RM100) dan bujang (RM100).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memutuskan STR Fasa 1 bagi kumpulan B40 dibawa ke hadapan ke Januari 2023 berbanding perancangan awal Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Beliau berkata, penerima STR di kawasan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank juga akan menerima bayaran ini pada tarikh yang sama.

“Penerima STR yang tidak mempunyai akaun bank juga boleh membuat pembayaran di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan belas ihsan dalam membela nasib golongan miskin terutama golongan yang terdedah dan mudah terjejas.

“Selaras dengan itu, kerajaan memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai ibu bapa kepada inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

“Justeru, program bantuan tunai B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada STR dan akan terus ditambah baik,” katanya.

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berhubung pembayaran ini boleh dirujuk kepada soalan lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunnai.hasil.gov.my.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3