Home » Bantuan » Cara Mohon & Semak Program Bantuan Baucer MyKasih RM200 KASIH JOHOR

Cara Mohon & Semak Program Bantuan Baucer MyKasih RM200 KASIH JOHOR

Berita baik untuk rakyat Johor! Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan sebuah program bantuan KASIH JOHOR di bawah MyKasih Foundation mulai bulan Disember 2021 ini.

Apakah KASIH JOHOR?

KASIH JOHOR adalah inisiatif baucer barangan keperluan RM200 kepada isi rumah B40 sempena Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 3.0 Ihsan Johor yang diumumkan oleh YAB Dato’ Haji Hasni Bin Mohammad, Menteri Besar Johor pada bulan JUN 2021.

Objektif KASIH JOHOR ini adalah untuk meringankan kos sara hidup bagi golongan B40 yang belum pernah menerima sebarang bantuan daripada kerajaan negeri.

Siapakah Yang Layak?

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Keluarga yang telah dikenalpasti melalui data isi rumah BPR yang berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) negeri Johor (RM 2,500 ke bawah) dan telah disemak silang dengan data-data penerima bantuan dan serta disusun mengikut keutamaan mengikut jumlah tanggungan isi rumah tertinggi adalah layak menerima KASIH JOHOR.

Jumlah Bantuan

Penerima KASIH JOHOR akan menerima baucer barangan keperluan tanpa tunai sebanyak RM200 melalui akaun MyKad mereka dan sah untuk tempoh sehingga Disember 2021.

Tempoh Sahlaku Baucer MyKasih

Penerima KASIH JOHOR boleh menggunakan baucer barangan tanpa tunai pasaraya yang mengambil bahagian sehingga 31 Disember 2021.

Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Cara Semakan Status Kelayakan Program Kasih Johor

Jika tidak menerima SMS, anda boleh juga membuat semakan di laman web MyKasih di pautan berikut: https://apps.mykasih.net:8443/mkjohor/ 

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Anda hanya perlu masukan No. K/P dan tekan pada butang semak.

Status akan tertera seperti di bawah:

Cara Penebusan Baucer

Penerima KASIH JOHOR boleh menggunakan baucer barangan tanpa tunai pasaraya yang mengambil bahagian sehingga 31 Disember 2021.

Dana baki yang belum dibelanjakan untuk bulan tersebut akan dibawa ke bulan berikutnya.

Walau bagaimanapun, sebarang dana baki yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 30 Januari 2021 akan luput secara automatik dari akaun pemohon.

Anda boleh rujuk aturcara pembelian makanan seperti dalam jadual di bawah:

Cara Permohonan

Anda tidak perlu memohon KASIH JOHOR. Penerima akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan negeri Johor.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Disclaimers – Semua artikel kami share diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Cara Mohon & Semak Program Bantuan Baucer MyKasih RM200 KASIH JOHOR” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!