Cara Tebus Baucar Tunai BPR 2021 Fasa 2


Bagi pengetahuan anda semua, bermula 17 Mei 2021 ialah merupakan hari untuk penebusan nombor baucar untuk para penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2.

Bagi menyenangkan mereka yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran dan pengkreditan BPR serta terdapat penerima yang gagal untuk menerima bayaran walaupun memiliki akaun bank. Justeru itu, penebusan nombor baucar di bank merupakan salah satu cara untuk para penerima menebus baucar tunai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2.

Cara Tebus Baucar Tunai BPR 2021 Fasa 2 1

Portal Malaysia ingin berkongsi cara-cara penebusan baucar tunai BPR Fasa 2.

Baca Juga : BSN Mikro Bantuan Sehingga RM50K Untuk PKS, Permohonan Kini Dibuka

Maklumat Penting Nombor Baucar/Siri BPR


Nombor baucar adalah bagi mereka yang tidak memiliki mana-mana akaun bank bagi menerima bayaran BPR Fasa 2.

Bermula 17 Mei 2021, penerima bantuan BPR boleh mengeluarkan bayaran secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) di kawasan anda.

Maklumat penting : Anda perlu untuk membawa kad pengenalan sewaktu ingin ke cawangan BSN untuk menerima pembayaran secara tunai ini.

Cara Semak Nombor Baucar BPR


1. Sila buka laman rasmi BPR dan log masuk di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
2. Boleh masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang “Semak”
3. Sila pastikan kata kunci keselamatan adalah sahih dan masukkan kata laluan di ruang yang disediakan
4. Boleh pergi ke maklumat pembayaran dan lihat pada bahagian “No Baucar”
5. No Baucar BPR Fasa 2 akan dipaparkan & No Baucar ini akan ditunjukkan kepada pegawai BSN semasa membuat penebusan di kaunter

Baca Juga : YES Prihatin: Cara Tebus Telefon Pintar & Data Percuma YES Khas Untuk B40

Info Tambahan


Penerima boleh hadir ke Kaunter BSN setelah nombor baucar terpapar di bahagian maklumat.

Jangan lupa paling penting sekali semasa pembayaran tunai, bawa Kad Pengenalan dan Nombor Siri/Baucar.

Maklumat Lanjut


Sebarang permasalahan dan pertanyaan mengenai BPR, anda boleh rujuk melalui cara berikut:

1. Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
2. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 Pagi – 5:00 Petang)




mybsn
BKM

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3