Home » Bantuan » Baucar Perlindungan Tenang (PTV) B40: Cara Semakan Status & Penebusan RM50

Baucar Perlindungan Tenang (PTV) B40: Cara Semakan Status & Penebusan RM50

Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) B40

Kerajaan telah memperkenalkan sebuah inisiatif baharu iaitu Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang khas untuk B40.

Pandemik COVID-19 telah memberikan lagi penyerlahan dalam pentingnya keselamatan sosial bagi golongan berpendapatan rendah dalam masyarakat kita. Memandangkan penyertaan insurans yang rendah di kalangan kumpulan B40, dan di dalam semangat #KeluargaMalaysia, subsidi Kerajaan untuk perlindungan insurans / takaful adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40.

Ini adalah langkah awal ke arah penambahbaikan jaringan sosial, yang akan diperhalusi oleh Kerajaan melalui Belanjawan 2022, dan sebagai salah satu komponen program PERKUKUH Pelaburan Rakyat. ⠀

Portal Malaysia ingin kongsikan antara manfaat, kelebihan, cara semakan kelayakan dan penebusan bagi penerima program ini.

Apakah Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV)?

Program Baucar Perlindungan Tenang adalah skim bantuan kewangan di mana baucar RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insuransa dan pengendali takaful berlesen.

Ia merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada penerima BPR yang layak di negara ini.

Kriteria / Kelebihan Perlindungan Tenang

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Bnatuan ini, penerima yang layak boleh menggunakan Baucar Perlindungan Tenang untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda & lain-lain. ⠀

Sila rujuk kriteria Perlindungan Tenang di bawah:

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Layak bagi penerima BPR sahaja
  2. Satu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli / menyertai satu polisi ini sahaja
  3. Pulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai adalah tidak dibenarkan
  4. Peringatan, Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi / sijil baharu memperbaharui polisi / sijil sahaja (Tidak boleh digunakan untuk polisi / sijil sedia ada.

Baca juga: Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Sebanyak RM500 One-off Bermula Oktober 2021

Cara Semakan Baucar Perlindungan Tenang

Bermula 30 September 2021, 3.6 juta golongan isi rumah B40 sudah boleh mula menyemak status kelayakan mereka untuk program ini yang bernilai RM50, sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021 yang menyediakan pelan perlindungan mampu milik bagi golongan B40.⠀

Semakan boleh dibuat mengikut 2 kaedah berikut:

  1. MANUAL: Kunjungi wakil insurans pengendali Takaful
  2. ONLINE: Melalui laman web www.myPTV.my.

Baca juga: Jadual Jangkaan Masuk Duit BPR Fasa 3 – Semak BSN, Maybank, CIMB

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat, sila layari www.myptv.my dan www.mycoverage.my, atau hubungi Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di 03 7723 9333

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Penafian – Bahan yang portalamalaysia kongsikan diatas sekadar tutorial dan ringkasan yang related dengan “Baucar Perlindungan Tenang (PTV) B40: Cara Semakan Status & Penebusan RM50” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!