Home » Pendidikan » Bau Badan Bukan Kerana Peluh Sahaja, Mungkin Anda Ada Masalah Kesihatan Ini.

Bau Badan Bukan Kerana Peluh Sahaja, Mungkin Anda Ada Masalah Kesihatan Ini.

Badan yang berbau merupakan perkara normal dan sering berlaku pada setiap orang dan ianya terjadi disebabkan oleh pertumbuhan bakteria di bahagian tubuh ketika berpeluh dan dan berada ditempat bertutup. Keadaan ini juga dikenali sebagai bromhidrosis.

NAmun begitu, bau badan berlebihan tanpa sebarang sebab walaupun  seseorang itu tidak berpeluh dan sentiasa menjaga kebersihan diri boleh juga menjadi petanda bahawa terdapat masalah kesihatan pada individu itu sendiri.

Melalui kajian , terdapat beberapa keadaan kesihatan  yang tertentu dapat memicu peluh secara berlebihan bahkan membuat tubuh mengeluarkan aroma berbeza daripada kebiasaan.

Jika perkara seperti ini berlaku untuk satu tempoh yang lama dan berlanjutan, individu tersebut disarankan untuk segera melakukan pemeriksaan di hospital bagi memastikan tiada sebarang masalah serius pada diri sendiri yang mungkin menjadi perkara besar pada masa akan datang.

Terdapat 5 penyebab lain badan berbau tengik :

1. Tekanan

Individu yang sedang berada dalam keadaan tertekan dan keadaan tidak menentu akan menghasilkan peluh yang berlebihan pqada tubuh kerana manusia memiliki dua jenis kelenjar peluh iaitu ekrin dan apokrin.

Yang mana kelenjar ekrin mengeluarkan peluh yang digunakan untuk menyejukkan tubuh dan sebahagian besar daripadanya dalam bentuk cecair (air).

Manakala peluh apokrin pula dilepaskan ketika seseorang berada dalam tekanan yang mana peluh jenis ini menjadi tempat perkembangan bakteria dan menimbulkan bau badan yang tidak menyenangkan.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

2. Pesakit kencing manis, buah pinggang dan hati

Pesakit kencing manis, buah pinggang dan hati juga mampu membuatkan tubuh badan mengeluarkan bau yang kurang tengik disebabkan metabolisme tubuh badan individu tersebut. Contohnya, bagi pesakit kencing manis yang mana tubuh badan mereka sukar memecahkan glukosa sehingga tubuh memberi reaksi dengan mengeluarkan bau kurang enak.

3. MAsalah Genetik

Terdapat individu di dunia yang mempunyai masalah dengan bau badan yang tidak dapat dijelaskan kerana mungkin memiliki kelainan genetik yang mengganggu metabolisme tubuh badan mereka.

Ianya dikenali sebagai trimetilaminuria atau ‘sindrom berbau hamis’ apabila seseorang individu dengan keadaan ini akan mengalami masalah kekurangan enzim untuk untuk memecahkan trimetilamin dan hasilnya membuatkan senyawa ini berkumpul dan mengeluarkan bau busuk.

4. Gangguan tiroid

Satu lagi kajian menjelaskaan bahawa gangguan tiroid seperti penyakit Grave boleh menyebabkan seseorang peluh secara berlebihan walaupun tidak melakukan apa-apa aktiviti malah mengeluarkan bau badan yang sangat teruk hingga membuatkan individu tersebut dan orang sekeliling merasa tidak selesa.

5. Pengambilan Ubat ubatan

Kejadian peluh berlebihan dan bau badan mungin juga disebabkan oleh kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil.  Terdapat beberapa ubat-ubatan seperti analgesik, antidepression, SSRI, ubat hormon dan ubat jantung mampu membuatkan seseorang mengeluarkan bau badan yang berlebihan.

Penafian – Bahan artikel kami share diatas hanyalah panduan dan rujukan artikel berkaitan dengan “Bau Badan Bukan Kerana Peluh Sahaja, Mungkin Anda Ada Masalah Kesihatan Ini.” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!