Cara ‘Cancel’ Jaringan Prihatin: Langkah-Langkah Menukar Pendaftaran Jaringan Prihatin
Jika anda telah berdaftar Program Jaringan Prihatin dengan syarikat telekomunikasi terpilih dan ingin bertukar ke tawaran oleh syarikat yang lain, anda boleh berbuat demikian.
Baca Juga: i-Citra KWSP : Permohonan Pengeluaran RM5,000. Mohon Sekarang!
Bolehkah’Cancel’ Jaringan Prihatin Yang Telah Didaftarkan?
Ketika Jaringan Prihatin ditawarkan, mungkin ada antara anda yang teruja dan cepat-cepat mendaftar tanpa berfikir sehabisnya.
Tiba-tiba, ada pula syarikat telekomunikasi lain yang menawarkan pelan yang lebih sesuai untuk keperluan anda.
Jadi apa nak buat, adakah boleh bertukar ke syarikat telekomunikasi lain?
Jawapannya boleh.
Untuk pengetahuan semua, anda boleh menukar sebanyak 3 kali sepanjang tempoh program Jaringan Prihatin.
Portal Malaysia ingin kongsikan cara pembatalan Jaringan Prihatin dan tukar ke syarikat telekomunikasi yang lain.
Cara Batalkan Jaringan Prihatin & Tukar Ke Tawaran Lain
Untuk membuat pembatalan & pendaftaran semula di syarikat telekomunikasi yang berbeza, sila ikuti langkah di bawah:
- Hubungi syarikat telekomunikasi yang telah anda daftarkan untuk Program Jaringan Prihatin.
- Batalkan pelan Jaringan Prihatin yang sedang anda langgani sekarang.
- Sila lakukan pendaftaran semula dengan syarikat telekomunikasi baharu setelah 30 hari dari tarikh langganan terakhir anda.
NOTA: Anda layak untuk menukar sehingga MAKSIMUM 3 kali sepanjang Program Jaringan Prihatin selepas 30 hari dari tarikh pendaftaran yang anda lalukan.
Baca juga: PEMULIH – Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi
Sila rujuk infografik di bawah ini:

Berikut adalah contoh cara membatal Jaringan Prihatin:

Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembatalan program ini, sila hubungi syarikat telekomunikasi yang terlibat.
Berikut dilampirkan laman web setiap syarikat telekomunikasi yang terlibat.
- Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin⠀
- Digi: https://digi.my/prihatin⠀
- Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin⠀
- Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin⠀
- redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr⠀
- speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin⠀
- Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin⠀
- U Mobile: u.com.my/jaringanprihatin⠀
- unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin⠀
- XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en⠀
- YES: https://www.yes.my/kasiupB40⠀
- Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin⠀
Info lanjut tentang Program Jaringan Prihatin B40, layari pautan: https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin⠀
*Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia