Barcelona Mahu Selesaikan Di Mahkamah!


Barcelona. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.


Menghadapi Krisis Gaji Dan Kontrak

Barcelona dilaporkan sedang bersedia untuk mengheret empat pemain utama kelab ke mahkamah seandainya mereka menolak untuk membatalkan kontrak baru yang mereka tandatangani dua tahun lalu.

Frenkie de Jong, Gerard Pique, Clement Lenglet dan Marc-Andre ter Stegen kesemuanya pernah menandatangani kontrak baru bersama kelab pada tahun 2020 yang lalu dengan mereka pada ketika itu bersetuju untuk menerima cadangan pemotongan gaji.

Keempat-empat pemain tersebut sanggup menerima cadangan pemotongan gaji dalam usaha mereka mahu membantu meringankan masalah kewangan kelab.


Dalam kontrak sama yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pemain dan kelab, kesemua empat bintang tersebut bersetuju untuk menerima tunggakan gaji mereka pada tahun berikutnya dalam kontrak mereka.

Pique menandatangani kontrak baru sehingga 2024 dan Ter Stegen pula menandatangani kontrak sehingga 2025.

De Jong dan Lenglet sementara itu menandatangani kontrak baru bersama kelab sehingga 2026.


Seminggu sahaja selepas kontrak baru ditandatangani, bekas Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu bersama ahli lembaga pengarah beliau melepaskan jawatan mereka dalam kepimpinan kelab.

Walaupun hal itu sebenarnya boleh dianggap menjimatkan untuk Barcelona, namun menurut laporan media Sepanyol, SPORT, Barca mungkin akan menanggung tambahan €311 juta (£263 juta) kerugian atas alasan pembayaran gaji dalam tempoh jangka masa panjang.

Presiden dan ahli lembaga pengarah kelab yang diketuai oleh Joan Laporta kini mendakwa yang ada bukti jenayah yang telah dilakukan bagi wakil kepada parti yang menandatangani lanjutan kontrak mereka itu.


The Athletic melaporkan yang Barcelona sudah menghantar surat kepada De Jong dan meminta beliau untuk membatalkan kontrak semasa beliau dan kembali kepada kontrak asalnya.

Kontrak asal yang dimaksudkan adalah kontrak pertama beliau ketika menyertai Barcelona dari Ajax pada tahun 2019 yang lalu.

SPORT mendakwa yang Barcelona sudah berurusan dengan masalah untuk tempoh selama tiga tahun dan mereka juga sedang meyakinkan kesemua empat pemain tersebut supaya membatalkan kenaikkan gaji mereka.


Pihak kelab pada ketika ini sedang benar-benar bergelut dengan masalah ekonomi dan mereka sukar untuk menyeimbangkan kedudukan ekonomi kelab.

Laporan sama turut mendedahkan seandainya pemain tak bersetuju untuk pembatalan kenaikkan gaji tersebut, Barcelona bersedia heret mereka ke mahkamah.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3