Barca Kalah Lagi Dengan Bayern!


Bayern Munich menewaskan Barcelona awal pagi kelmarin dalam kempen kumpulan C Liga Juara Juara Eropah di Stadium Allianz Arena.


Gol separuh masa kedua dari Lucas Hernandez dan Leroy Sane menambahkan deretan kekalahan Barca di bumi Munich. The Catalan tersebut telah gagal untuk menang dalam 7 pertemuan di Bavaria.

Dengan mencatatkan hanya dua seri dan lima kekalahan serta dinafikan dengan aggregat jaringan 16-4.

Sila Baca Disini : Joel Matip Wira Liverpool!


Barca Kalah Lagi Dengan Bayern!

Untuk Bayern pula, kemenangan amat dicari pasukan tersebut setelah prestasi hambar di Bundeliga dengan tiga deretan keputusan seri dicatatkan sebelum perlawanan ini.

“Barca mempunyai peluang terbaik pada separuh masa pertama. Kami bergantung kepada Neuer sahaja,” ulas jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann.

“Selepas rehat, kami lebih agresif. Kami cepat untuk jaringkan dua gol. Secara asasnya kami menang kerana kecekapan pasukan lebih tinggi.


“Dari pihak pasukan, saya juga sangat gembira Lewandowski tidak menjaringkan gol pada malam ini.”

Robert Lewandowski yang membuat penampilan semula ke Bavaria setelah beliau berpindah ke Nou Camp pada perpindahan musim panas baru baru ini mempunyai peluang besar untuk jaringkan gol pada minit ke 18 selepas menerima hantaran cemerlang dari Gavi.

Penyerang Poland tersebut terlepas dua peluang terbaik pada separuh masa pertama setelah Bayern jarang menguji pintu gol Marc Andre Ter Stegen dan kedua dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan 0-0.


Tuan rumah yang perlu berterima kasih kepada Manuel Neuer yang mengagalkan peluang Barca, telah mendapatkan jaringan pertama menerusi tandukan Lucas Hernandez sejurus lima minit permainan dimulakan semula.

Dalam Barcelona sibuk mencari rentak, Bayern jaringkan gol kedua menerusi Sane yang bijak menerima hantaran flick Jamal Musiala.

Selepas itu, Pedri membuat percubaan ke arah gol pada minit ke 63 namun bola hanya singgah ke tiang.


Wakil German itu kekal tenang sehingga wisel penamat dan berjaya mendapatkan 3 mata penuh. Selepas ini Bayern akan menerima kunjungan wakil Czech iaitu Plzen pada 4 Oktober.

Pasukan Xavi Hernandez masih berada dikedudukan kedua kumpulan dan akan menentang Inter Milan yang berada ditempat ketiga.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3