Berita baik untuk semua rakyat Malaysia, Kerajaan mengumumkan bantuan warga emas atau bantuan kebajikan warga emas dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Untuk makluman, bantuan warga emas ini diuruskan oleh JKM iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat.
Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas RM500
Ibu bapa atau warga emas yang ingin memohon bantuan warga emas hendaklah memenuhi semua syarat kelayakan seperti berikut:
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- Pemohon adalah warganegara dan pemastautin Malaysia
- Warga emas atau warga emas berumur 60 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Kemiskinan Isi Rumah Semasa atau Purata Semasa PGK Miskin Per Kapita.
- Warga emas yang tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / kediaman yang menyediakan perkhidmatan percuma
- Mana-mana kes yang perlu, wajar dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
NOTA: Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Serentak antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Cara Memohon Bantuan Warga Emas
Cara memohon bantuan warga emas adalah seperti berikut:
Menghadiri pejabat JKM berhampiran dengan membawa borang dan dokumen sokongan yang berkaitan.
Borang berkaitan:
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
- Borang JKM 20 (Borang Semakan Bantuan) – Muat Turun
Dokumen sokongan:
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Dan dokumen lain yang berkaitan
INFO: Setiap permohonan bantuan warga emas yang didaftarkan akan disiasat untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon menerima bantuan. Perkara ini adalah mengikut prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukannya hak
Maklumat Lanjut tentang Bantuan Warga Emas
Sebarang pertanyaan dan masalah memohon bantuan warga emas boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau datang terus ke pejabat JKM berhampiran anda.