Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Dijangkakan lebih daripada 10 juta rakyat akan terima manfaat daripada e-Kredit RM 100 ini.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk menerima manfaat ini:
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- Berumur 21 tahun dan ke atas
- Berpendapatan tahunan bawah RM 100,000 bagi setiap individu
Jumlah Bayaran
Amaun bantuan ini adalah RM 100 bagi setiap individu. Bantuan dilaksanakan melalui e-wallet yang didaftarkan.
Tarikh Bayaran
Kerajaan akan menunaikan janji bagi bantuan e-wallet RM100 kepada penerima yang layak pada Disember ini, seperti yang dikatakan Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong.