STR Bujang : Jumlah Bayaran Bantuan Bujang 2024


STR Bujang : Jumlah Bayaran Bantuan Bujang 2024

Berita baik untuk anda yang bujang diluar sana, kadar bayaran bantuan bagi kategori bujang telah dinaikkan sehingga RM500 melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2024. Bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat dan berfasa.

Syarat Kelayakan


Syarat kelayakan telah ditetapkan untuk penerima bantuan bujang seperti berikut :

  1. Bujang belum berkahwin atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Berumur 21 hingga 59 tahun.
  4. Berpendapatan RM2,500 ke bawah.
Lihat Juga  Antara Senarai Bantuan Untuk OKU Dalam Belanjawan

Nota : Individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta TIDAK dibenarkan membuat permohonan sebagai kategori bujang.

CLAIM eMadani RM100 + RM600* Sekarang! -> Claim Disini

Jenis Bantuan Bujang 2024


JENIS BANTUAN JUMLAH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) RM350
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM150
Jumlah keseluruhan bantuan : RM500

Tarikh Permohonan


Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun mulai 1 NOVEMBER 2023

Kaedah Permohonan


Cara Permohonan


  1. Sila ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik [Permohonan Baharu].
  3. Isikan semua maklumat yang diperlukan.
  4. Seterusnya, pergi ke bahagian [Log Masuk].
  5. Tekan butang [Semak].
  6. Kemudian, tekan [Ya] sekiranya frasa Keselamatan anda betul.
  7. Sila masukkan Kata Laluan anda dengan betul.
  8. Tekan [Log masuk].
  9. Anda akan dipaparkan pada Halaman Utama Portal.
  10. Seterusnya, klik [Kemaskini Permohonan].
  11. Isikan semua maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakan dengan lengkap dan tepat.
  12. Tandakan pada kotak di bahagian [Perakuan Diri].
  13. Dan tekan butang [Hantar].
  14. Permohonan anda berjaya dihantar kepada pihak LHDN.
Lihat Juga  Pengeluaran Khas KWSP RM10000 Dibenarkan

Maklumat Lanjut


Hubungi talian hotline mySTR : 03 8882 4565.

Emelkan : [email protected].;atau

Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

Emel : [email protected].

Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan Tanpa Kabel -> Join Sekarang Disini!!!