Skim Smart Selangor adalah inisiatif bantuan berbentuk pemilikan rumah dengan pulangan bayaran balik semula sewa bulanan rumah sebanyak 30%.
Ia merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor dalam memberi kemudahan dan membantu rakyat yang berpendapatan sederhana untuk memiliki rumah yang berkualiti dan mampu milik. Berikut adalah perkongsian lanjut tentang Skim Smart Selangor :
Syarat Kelayakkan
Jika anda ingin membuat permohonan untuk Skim Smart ini, anda perlu pastikan syarat-syarat dibawah dipenuhi :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
✅Pemohon dan pasangan pemohon haruslah warganegara Malaysia
✅Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai tanggungan atau bekeluarga
✅Pendapatan seisi keluarga hendaklah menepati syarat berikut
➠Tidak melebihi RM 5,000 sebulan dan kebawah bagi rumah Jenis A dan Rumah Kos Rendah
➠Tidak melebihi RM 15,000 sebulan dan kebawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang dari RM 10,000 bagi pemohon sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah
✅Pemohon dan pasangan haruslah menetap di atau bekerja di Negeri Selangor
✅Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (diberi keutamaan) atau mempunyai kediaman tetapi terletaak melebihi 50km dari tempat sewa dipohon dengan syarat tempat kerja pemohon hendaklah dalam lingkungan 25km perjalanan
✅Pemohon merupakan pengundi di negeri Selangor
Tempoh Penyewaan
Jika anda ingin membuat penyewaan di rumah yang ditawarkan ini, penyewa perlulah mengikut tempoh dan kontrak penyewaan yang ditetapkan iaitu :
⏳Maksimum 5 tahun
⏳Minimum 2 tahun
Deposit
Deposit yang dikenakan adalah bergantung pada kadar sewa semasa. Berikut adalah contoh pengiraan deposit :
💰Sewa 2 bulan + Sewa Semasa (1 Bulan) + Caj Utiliti + Lain-lain caj
Lokasi Terkini
Berikut adalah lokasi terkini yang masih perlukan kemasukan bagi rumah yang ditawarkan (Unit rumah berubah dari semasa ke semasa) :
🏙Pangsapuri Taming Mutiara, Bandar Sungai Long, Kajang ((30 unit, Kadar Sewa RM 800 – KEMASUKAN SEGERA)
🏙Pangsapuri @Jlan Keretapi Lama, Kapar, Klang (64 Unit, Kadar Sewa RM650 – KEMASUKAN SEGERA)
🏙Pangsapuri Rimba Jaya, Seksyen 16, Shah Alam (41 Unit, Kadar Sewa RM450 – KEMASUKAN SEGERA)
🏙Pangsapuri Damai Utama, Bandar Kinrara, Puchong (110 Unit, Kadar Sewa RM550-650 – KEMASUKAN SEGERA)
🏙Pangsapuri Trifolis, Bandar Bukit Tinggi 2, Klang (30 Unit, Kadar Sewa RM900 – KEMASUKAN SEGERA)
🏙Pangsapuri Gapura Bayu, Jade Hills, Kajang, Selangor (30 Unit, Jenis D sahaja, Kadar Sewa RM750 – KEMASUKAN SEGERA)
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan penyewaan rumah ini anda perlu :
0️⃣1️⃣ Muat Turun Borang Permohonan
0️⃣2️⃣ Isi borang dengan lengkap
0️⃣3️⃣ Hantar ke pejabat PPR yang dipohon
Anda juga boleh mengambil borang di pejabat :
📍Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan tentang penyewaan rumah atau Skim Smart ini anda boleh hubungi talian di bawah :
☎️03 5524 0233 / 0253 / 019-3330976 (Pejabat)
📞Pn Fatehah – 017-9387537
📞Cik Ros – 017-4163990
📞En Afizie – 019-4406828
📞Cik Rosha – 011-64244887
📞En. Shafawi – 011-1302 0487
📧 email ke [email protected]
Pejabat :
📍Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.